Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 · Updated to 1 Jul 2006 · Bahagian XI
73. Kuasa Menteri untuk mengecualikan
Feedback & supportMenteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam
Warta mengecualikan, tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut untuk dikenakan—
mana-mana penyedia latihan kemahiran yang didaftarkan sewajarnya di bawah mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa berkenaan dengan latihan kemahiran;
Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 41
mana-mana orang atau kumpulan orang; atau
mana-mana penyedia latihan kemahiran, daripada semua atau mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
Menteri boleh, pada bila-bila masa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, membatalkan apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) jika dia berpuas hati bahawa pengecualian itu tidak lagi patut diberikan.