Medical Assistants (Registration) Act 1977 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian V · Rayuan
18. Rayuan berkuat kuasa sebagai penggantungan hanya berkenaan dengan pembaharuan perakuan pendaftaran
Feedback & supportKecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subsekyen
sesuatu rayuan tidak boleh menggantung kuat kuasa sesuatu keputusan Lembaga.
Pembantu Perubatan (Pendaftaran)
Jika Lembaga enggan membaharui sesuatu perakuan pendaftaran dan orang yang berkenaan itu merayu kepada Menteri di bawah seksyen 17, tempoh sah perakuan itu hendaklah disifatkan sebagai tidak tamat pada 31 haribulan Disember dan orang itu boleh terus bekerja sebagai pembantu perubatan sehingga suatu perintah dibuat oleh Menteri di bawah subseksyen 17(2).
Jika Menteri menolak rayuan itu, anggapan di bawah subsekyen
hendaklah terhenti terpakai dan orang yang berkenaan itu hendaklah, dalam tempoh yang dibenarkan oleh Menteri, terhenti daripada bekerja sedemikian.
Jika Menteri membenarkan rayuan itu, Lembaga hendaklah membaharui perakuan pendaftaran itu apabila dibayar bayaran yang ditetapkan dan apabila dipatuhi dengan sewajarnya Akta ini dan peraturan-peraturan.