Skip to content

Seksyen 6

of Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977

ActIn forceProvision 5 of 21

Seksyen 6

(1)

Bagi maksud Akta ini hendaklah disimpan suatu daftar pembantu perubatan mengikut apa-apa bentuk dan mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang ditetapkan.

(2)

Ketua Pengarah hendaklah menjadi pendaftar pembantu perubatan dan hendaklah bertanggungjawab bagi penyenggaraan dan penjagaan daftar itu dan hendaklah menjalankan apa-apa kewajipan yang berkaitan dengannya sebagaimana yang ditetapkan.