Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian II · Lembaga Pembantu Perubatan (Pendaftaran)

3. Penubuhan dan keanggotaan Lembaga Pembantu Perubatan (Pendaftaran)

Feedback & support
(1)

Suatu lembaga bernama Lembaga Pembantu Perubatan

(Pendaftaran) adalah ditubuhkan yang hendaklah bertanggungjawab atas pendaftaran orang yang berhak didaftarkan sebagai pembantu perubatan dan bagi perkara yang berkaitan dengannya.

(2)

Lembaga hendaklah terdiri daripada seorang Yang Dipertua, seorang setiausaha dan beberapa orang ahli lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.

(3)

Ketua Pengarah hendaklah menjadi Yang Dipertua dan ketua pembantu perubatan hendaklah menjadi setiausaha.

(4)

Anggota Lembaga, selain Yang Dipertua dan setiausaha, hendaklah dilantik oleh Menteri selama tempoh yang ditentukan dan anggota itu adalah layak dilantik semula.

(5)

Walau apa pun subsekyen (4), Menteri boleh pada bila-bila masa dan tanpa memberi apa-apa sebab membatalkan pelantikan seseorang anggota, selain Yang Dipertua atau setiausaha.

Report

Bahagian III

Daftar Pembantu Perubatan, Hak untuk Mendaftar dan Pendaftaran

Bahagian IV

Penyiaran, Pemotongan dan Kemasukan Semula

Bahagian V

Rayuan

Bahagian VI