Act of Parliament · Updated to 1 Jan 2006 · 6 parts
Medical Assistants (Registration) Act 1977
Feedback & supportSetting up medical assistantsBahagian I
Permulaan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pembantu Perubatan
(Pendaftaran) 1977 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh atau tarikh-tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi bahagian Malaysia yang berlainan.
Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia.
s 2Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“anggota” ertinya seseorang anggota Lembaga;
Undang-Undang Malaysia
AKTA 180 6
“daftar” ertinya daftar pembantu perubatan yang disimpan dan disenggara di bawah seksyen 6;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“hospital persendirian” mempunyai erti yang diberi kepadanya dalam Akta Hospital Persendirian 1971 [Akta 43];
“ketua pembantu perubatan” ertinya orang yang dilantik menjadi ketua pembantu perubatan dalam Kementerian Kesihatan dan termasuklah seseorang yang memangku bagi sementara dalam jawatan itu;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Perubatan Malaysia dan termasuklah seseorang yang memangku bagi sementara dalam jawatan itu;
“klinik persendirian” ertinya mana-mana premis yang dipunyai atau disenggara oleh seseorang pengamal perubatan berdaftar bagi menjaga, merawat atau memulihkan pesakit luar persendirian dan termasuklah sesuatu dispensari persendirian;
“Lembaga” ertinya Lembaga Pembantu Perubatan (Pendaftaran)
yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“majikan” termasuklah Kerajaan;
“pembantu perubatan” ertinya seseorang yang didaftarkan di bawah Akta ini;
“pendaftar” ertinya Ketua Pengarah semasa menjalankan tugas pendaftar pembantu perubatan di bawah Akta ini;
“peraturan-peraturan” ertinya peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“pusat kesihatan Kerajaan” termasuklah sesuatu klinik Kerajaan dan sesuatu dispensari Kerajaan bagi menjaga, merawat atau memulihkan pesakit;
“pusat latihan” ertinya sesuatu pusat atau sesuatu institusi yang diluluskan oleh Lembaga bagi melatih orang yang bercadang untuk didaftarkan sebagai pembantu perubatan;
Pembantu Perubatan (Pendaftaran)
7
“rayuan” ertinya sesuatu rayuan yang dibuat di bawah seksyen 17.
Bahagian II
Lembaga Pembantu Perubatan (Pendaftaran)
Bahagian III
Daftar Pembantu Perubatan, Hak untuk Mendaftar dan Pendaftaran
Bahagian IV
Penyiaran, Pemotongan dan Kemasukan Semula
Bahagian V