Seksyen 19
of Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977
ActIn forceProvision 18 of 21
Seksyen 19
(1)
Lembaga boleh dari semasa ke semasa meminta apa-apa maklumat sebagaimana yang dikehendakinya supaya diberikan oleh tiap-tiap orang yang namanya ada dalam daftar dan orang itu hendaklah memberikan maklumat itu dalam tempoh satu bulan daripada tarikh ia dikehendaki berbuat demikian.
(2)
Tiap-tiap orang yang namanya ada dalam daftar hendaklah, dalam tempoh tiga bulan dari sesuatu perubahan yang mungkin berlaku tentang butir-butir yang telah diberikannya kepada Lembaga, memberitahu Lembaga mengenai perubahan itu.
Menghendaki atau memberikan butir-butir atau maklumat melalui surat berdaftar adalah memadai