Medical Assistants (Registration) Act 1977 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian II · Lembaga Pembantu Perubatan (Pendaftaran)
4. Mesyuarat Lembaga
Feedback & support(1)
Yang Dipertua hendaklah menjadi pengerusi pada semua mesyuarat Lembaga yang dihadirinya.
(2)
Jika Yang Dipertua tidak hadir pada sesuatu mesyuarat, anggota yang hadir hendaklah memilih seorang daripada mereka menjadi pengerusi.
(3)
Pengerusi pada sesuatu mesyuarat hendaklah mempunyai suatu undi asal dan juga, jika mengenai sesuatu perkara pembahagian undi didapati sama banyak, undi pemutus.
Undang-Undang Malaysia
AKTA 180 8
(4)
Lembaga hendaklah bermesyuarat di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa sebagaimana ditetapkan oleh Yang Dipertua dan pada sesuatu mesyuarat empat orang anggota hendaklah menjadi satu kuorum.