Akta Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon 2025 · Updated to 1 Aug 2025 · Bahagian III · Pemerangkapan Karbon
15. Kehendak bagi pendaftaran pepasangan pemerangkapan karbon
Feedback & support(1)
Mana-mana orang yang memiliki atau mengendalikan apa-apa pepasangan pemerangkapan karbon hendaklah berdaftar dengan Agensi di bawah Akta ini.
(2)
Bagi maksud Bahagian ini, “pepasangan pemerangkapan karbon” ertinya suatu pepasangan yang menjalankan pemerangkapan karbon dan termasuklah apa-apa kemudahan teknikal yang berkaitan dengan pepasangan itu.