Akta Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon 2025 · Updated to 1 Aug 2025 · Bahagian X · Peruntukan Am
47. Rayuan
Feedback & supportMana-mana pemohon yang terkilan dengan—
suatu keengganan untuk memberikan suatu permit penilaian luar pesisir di bawah seksyen 25 dan lesen penyimpanan luar pesisir di bawah seksyen 27;
suatu keengganan untuk memberikan suatu permit penilaian daratan di bawah seksyen 34 dan lesen penyimpanan daratan di bawah seksyen 36;
pengenaan apa-apa syarat, batasan atau sekatan pada permit atau lesennya; atau
Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan
Karbon 33
pembatalan, penggantungan atau pengubahan permit atau lesennya, boleh, dalam tempoh tiga puluh hari selepas dimaklumkan secara bertulis apa-apa keengganan, pengenaan, pembatalan atau penggantungan, merayu kepada Menteri.
Menteri boleh, selepas menimbangkan rayuan yang dibuat di bawah subseksyen (1), mengesahkan atau mengetepikan keputusan yang dirayukan itu.