Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2025Read it in English

Bahagian VII · Penilaian dan Penyimpanan Kekal di Kawasan Daratan

33. Kehendak suatu permit penilaian daratan

Feedback & support
(1)

Tiada seorang pun boleh menjalankan apa-apa penilaian geologi daratan bagi apa-apa kompleks penyimpanan atau bentukan geologi yang berpotensi di kawasan daratan tanpa suatu permit penilaian daratan yang diberikan oleh Agensi.

(2)

Sesuatu permohonan bagi permit penilaian daratan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada Agensi dalam cara dan disertai dengan fi sebagaimana yang ditetapkan.

Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan

Karbon 27

(3)

Suatu permohonan bagi permit penilaian daratan di bawah seksyen ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum permit penilaian daratan itu diberikan atau ditolak.

(4)

Agensi boleh pada bila-bila masa selepas permohonan di bawah subseksyen (2) dan sebelum permohonan itu ditentukan, melalui suatu notis bertulis, meminta pemohon untuk memberikan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan dalam tempoh yang dinyatakan.

(5)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau kedua-duanya.

Report

Bahagian VIII

Kumpulan Wang Pengawasan Pasca-Penutupan

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Peruntukan Am