Seksyen 46
Kuasa penguatkuasaan
of Akta Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon 2025
ActIn forceProvision 46 of 53
Seksyen 46
(1)
Seorang pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor atau seorang pegawai kanan kastam boleh menjalankan semua kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini.
(2)
Seorang pegawai yang diberi kuasa di bawah seksyen 45
hendaklah mempunyai kuasa seorang pegawai polis yang apa jua pun pangkatnya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah
Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] berhubung dengan penyiasatan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, dan kuasa itu hendaklah sebagai tambahan dan bukan pengurangan bagi, kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta ini.