Seksyen 49
Perlindungan daripada guaman dan prosiding undang-undang
of Akta Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon 2025
ActIn forceProvision 49 of 53
Seksyen 49
Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap Menteri, mana-mana anggota Agensi, Pengerusi atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkaran yang dilakukan atau ditinggalkan olehnya semasa menjalankan kewajipannya di bawah Akta ini melainkan jika boleh dibuktikan bahawa apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkarannya telah dilakukan atau ditinggalkan dengan niat jahat dan tanpa sebab yang munasabah.