Akta Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon 2025 · Updated to 1 Aug 2025 · Bahagian X · Peruntukan Am
50. Tanggungan pengarah, dsb., bagi pertubuhan perbadanan
Feedback & supportJika mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah
Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan di bawah Akta ini ialah suatu pertubuhan perbadanan, seseorang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah, pegawai pematuhan, pekongsi, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya bagi pertubuhan perbadanan itu atau yang berupa
34
Undang-Undang Malaysia
sebagai bertindak atas sifat itu atau yang dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu atau yang membantu dalam pengurusannya—
boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu; dan
jika pertubuhan perbadanan itu didapati bersalah atas kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu dan boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama sebagaimana seorang individu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya; atau
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan usaha yang wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.
Bagi maksud seksyen ini, “pertubuhan perbadanan” ertinya suatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain.