Akta Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon 2025 · Updated to 1 Aug 2025 · Bahagian X · Peruntukan Am
52. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
Feedback & supportMenteri boleh membuat peraturan-peraturan yang perlu atau suai manfaat bagi maksud melaksanakan peruntukan
Akta ini.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi atau berkenaan dengan semua atau mana-mana perkara yang berikut:
untuk menetapkan apa-apa perkara yang berhubungan dengan pemerangkapan karbon;
untuk menetapkan apa-apa perkara yang berhubungan dengan pengangkutan karbon dioksida yang diperoleh melalui pemerangkapan karbon;
untuk menetapkan apa-apa perkara yang berhubungan dengan penggunaan karbon dioksida yang diperoleh melalui pemerangkapan karbon;
untuk menetapkan apa-apa perkara yang berhubungan dengan permohonan bagi permit penilaian luar pesisir dan lesen penyimpanan luar pesisir;
untuk menetapkan apa-apa perkara yang berhubungan dengan permohonan bagi permit penilaian daratan dan lesen penyimpanan daratan;
untuk menetapkan apa-apa fungsi entiti teknikal kompeten;
untuk menetapkan amalan pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon yang berhemat selepas berunding dengan Agensi;
untuk menetapkan obligasi yang berhubungan dengan pengendalian suatu tapak penyimpanan;
untuk menetapkan syarat bagi penutupan suatu tapak penyimpanan dan pengeluaran suatu sijil penutupan;
36
Undang-Undang Malaysia
untuk menetapkan syarat bagi pemindahan obligasi kepada Kerajaan selepas suatu tapak penyimpanan ditutup dan pengeluaran suatu sijil yang mendokumenkan pemindahan obligasi itu;
untuk menetapkan syarat bagi pemindahan obligasi kepada Kerajaan Negeri, selepas rundingan dengan
Kerajaan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, dilaksanakan;
untuk menetapkan fi dan caj yang kena dibayar di bawah
Akta ini;
untuk menetapkan cara rayuan di bawah Akta ini;
untuk menetapkan tatacara bagi pentadbiran
Kumpulan Wang;
untuk menetapkan perkara yang berhubungan dengan bayaran levi suntikan ke dalam Kumpulan Wang; dan
apa-apa perkara lain yang dikehendaki oleh Akta ini untuk ditetapkan.
Mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah
Akta ini boleh menetapkan suatu perbuatan atau peninggalan yang melanggar peraturan-peraturan itu sebagai suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi satu juta ringgit.
Kuasa untuk mengeluarkan standard, garis panduan, dsb.