Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian IV · Pelbagai

17. Rayuan kepada Menteri

Feedback & support
(1)

Jika pemunya atau penduduk sesuatu premis berpendapat bahawa sesuatu perintah bertulis yang dibuat di bawah Akta ini dan yang menyentuh dirinya atau apa-apa jua yang dicadang hendak dilakukan tidak munasabah atau tidak perlu, dia boleh, dalam tempoh yang ditetapkan dalam perintah itu (iaitu tidak kurang daripada tujuh hari dari tarikh perintah itu disampaikan), merayu secara bertulis kepada Menteri, dengan itu pelaksanaan perintah itu atau kerja yang dikehendaki dibuat hendaklah ditangguhkan.

(2)

Menteri boleh mengesah, mengubah atau membatalkan perintah itu atau mengarahkan supaya langkah-langkah atau kerja yang ditetapkan dalamnya diteruskan, diubah atau ditinggalkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau membuat sesuatu perintah yang

Ketua Pengarah atau seseorang Pegawai Kesihatan adalah berwibawa untuk membuat di bawah Akta ini, dan keputusan Menteri mengenainya adalah muktamad.

Report