Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English
Contents

Bahagian IV · Pelbagai

25. Kuasa untuk mengkompaun

(1)

Ketua Pengarah, seseorang Pegawai Kesihatan, seseorang inspektor atau seseorang pegawai awam yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Ketua Pengarah boleh mengkompaunkan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah

Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dan yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini sebagai kesalahan yang boleh dikompaun, dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaunkan kesalahan itu apabila dibayar suatu amaun yang tidak melebihi *lima ratus ringgit kepada Ketua Pengarah, seseorang Pegawai Kesihatan, seseorang inspektor atau seseorang pegawai awam yang diberi kuasa sedemikian dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu.

(2)

Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Ketua Pengarah, seseorang Pegawai Kesihatan, seseorang inspektor atau seseorang pegawai awam yang diberi kuasa sedemikian, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

(3)

Jika suatu kesalahan dikompaunkan di bawah subseksyen

(1)

, tiada pendakwaan boleh selepas itu dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaunkan itu dibuat.

Report