Destruction of Disease-Bearing Insects Act 1975 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian IV · Pelbagai
Destruction of Disease-Bearing Insects Act 1975 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian IV · Pelbagai
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tiada seorang pun berhak menerima pampasan bagi apa-apa perbelanjaan yang dilakukan atau kerosakan yang disebabkan oleh sesuatu perintah atau perbuatan yang dibuat menurut Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya melainkan jika kerosakan itu telah disebabkan dengan niat jahat atau tanpa sebab yang munasabah.