Destruction of Disease-Bearing Insects Act 1975 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian IV · Pelbagai
22. Section 22
Feedback & supportOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika sesuatu kesalahan telah dilakukan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya oleh seseorang selain pemunya atau penduduk premis itu, pemunya dan penduduk hendaklah, walaupun tiada seorang pun dipertuduh atas kesalahan itu, disifatkan sebagai bersalah atas kesalahan itu melainkan jika dia boleh membuktikan bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan dan pembiarannya dan bahawa dia telah menjalankan semua usaha yang sepatutnya untuk mencegah kesalahan itu daripada berlaku.
Jika sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya telah dilakukan atau disifatkan telah dilakukan di bawah subseksyen (1) oleh sesuatu pertubuhan perbadanan, firma, persatuan atau kumpulan orang lain, seseorang yang pada masa pelakuan kesalahan itu seorang pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai seumpamanya lain atau seorang pekongsi pertubuhan perbadanan, firma, persatuan atau kumpulan orang lain atau berupa sebagai bertindak dalam jawatan itu hendaklah, serta juga pertubuhan perbadanan, firma, persatuan atau kumpulan orang lain itu, disifatkan bersalah atas kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia menjalankan semua usaha bagi mencegah kesalahan itu daripada berlaku sebagaimana yang sepatutnya telah dilakukan olehnya, memandangkan kepada jenis tugasnya dalam jawatan itu dan kepada semua hal keadaan.
*CATATAN—Dahulunya “satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya”–lihat Akta A1086.
Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 23