Skip to content

Seksyen 21

of Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983

ActIn forceProvision 18 of 30

Seksyen 21

(1)

Jika seseorang yang menjalani tempoh kediaman di Pusat

Pemulihan pengawasan oleh seorang pegawai, atau telah diperintahkan supaya berbuat demikian tetapi masih belum mula menjalaninya, dihukum penjara selama sesuatu tempoh oleh mana-mana mahkamah, atau oleh *Mahkamah Kanak-kanak dengan suatu tempoh tahanan, atau ditahan di bawah mana-mana undang-undang

*CATATAN− Terdahulu “denda atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun”– lihat Akta

Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan)(Pindaan) 1998 [Act A1018]

*CATATAN—Peruntukan asal yang menggunakan perkataan “Mahkamah Juvana” kini ditafsirkan sebagai “Mahkamah Kanak-kanak”–lihat seksyen 131 Akta Kanak-kanak 2001 [Akta 611

Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 19

yang berhubungan dengan tahanan pencegahan, pemenjaraan atau tahanan itu hendaklah diberi keutamaan dari kediaman atau pengawasan seperti yang tersebut dahulu, dan tempoh pemenjaraan atau tahanan yang telah dijalani hendaklah disifatkan sebagai kediaman di Pusat Pemulihan atau pengawasan, mengikut mana yang berkenan, dan apabila tamat tempoh pemenjaraan atau tahanan itu, masih belum habis mana-mana bahagian tempoh yang baginya dia telah diperintahkan supaya tinggal di Pusat Pemulihan, atau menjalani pengawasan, mengikut mana yang berkenaan, dia adalah dikehendaki tinggal di Pusat Pemulihan atau menjalani pengawasan, mengikut mana yang berkenaan, bagi mana-mana bahagian tempoh itu yang masih belum habis.

(2)

Peruntukan terdahulu dalam seksyen ini tidak terpakai bagi seseorang yang dimasukkan ke Pusat Pemulihan di bawah seksyen 8

atau 9.