Seksyen 22
Sumbangan bagi kos saraan, rawatan dan pemulihan
of Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983
Jika Majistret membuat sesuatu perintah menghendaki mana-mana orang supaya tinggal di Pusat Pemulihan, dia boleh, pada masa membuat perintah itu, atau pada bila-bila masa selepas itu dalam masa perintah itu berkuat kuasa, membuat suatu perintah, menghendaki orang itu, atau jika orang-orang itu adalah seorang belum dewasa, menghendaki ibu bapanya atau penjaganya, membayar apa-apa amaun yang dinyatakan dalam perintah itu kepada
Ketua Pengarah sebagai sumbangan terhadap kos saraan, rawatan dan pemulihan orang itu di Pusat Pemulihan itu.
(2)
Sebelum membuat sesuatu perintah di bawah subseksyen (1),
Majistret hendaklah menimbangkan laporan seseorang Pegawai
Pemulihan berhubungan dengan hal keadaan orang yang terhadapnya perintah itu dicadang hendak dibuat (satu salinan laporan itu hendaklah diberi kepada orang itu) dan memberi peluang kepada orang itu untuk membuat representasi mengenai perkara itu kepada
Majistret.
(3)
Majistret boleh, atas permohonan mana-mana orang yang
20 Undang-undang Malaysia AKTA 283
terhadapnya suatu perintah di bawah subseksyen (1) telah dibuat, membatalkan, membuat perintah baru atau mengubah perintah itu sebagaimana difikirkan patut oleh Majistret.
(4)
Apa-apa amaun yang kena dibayar dan terhutang di bawah seksyen ini hendaklah menjadi suatu hutang sivil yang kena dibayar dan terhutang kepada, dan boleh dituntut oleh, Kerajaan.