Skip to content

Seksyen 30

Peralihan

of Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983

ActIn forceProvision 27 of 30
Seksyen 30

Walau apa pun yang terkandung dalam seksyen 29, jika sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini —

(a)

mana-mana orang telah ditahan dalam jagaan; atau

(b)

telah atau sedang diambil tindakan dengan apa jua cara oleh mana-mana mahkamah, Majistret, Pegawai Kebajikan

Masyarakat, Lembaga Pelawat, atau mana-mana pegawai atau pihak berkuasa lain, di bawah Bahagian VA Akta Dadah Berbahaya 1952, peruntukan

Akta itu, termasuklah Bahagian VA Akta itu hendaklah terus dipakai berhubungan dengan orang itu, kecuali bahawa sebutan mengenai pegawai dan pihak berkuasa di bawah Bahagian VA tersebut hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai pegawai dan pihak berkuasa yang bersamaan yang dilantik di bawah Akta ini.