Skip to content

Seksyen 24

Bidang kuasa

of Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983

ActIn forceProvision 21 of 30
Seksyen 24
(1)

Walau apa pun peruntukan dalam Akta Mahkamah Rendah 1948 [Akta 92] atau Kanun Tatacara Jenayah atau mana-mana undang-undang bertulis lain sebaliknya, apa-apa kuasa atau bidang kuasa yang diberi kepada Majistret di bawah seksyen 4, 6 dan 22

Akta ini mengenai perkara yang dinyatakan di dalamnya, bolehlah dijalankan oleh mana-mana Majistret di mana-mana tempat sama ada perkara itu berbangkit di dalam atau di luar bidang kuasa tempatan

Majistret itu atau di dalam atau di luar had kawasan mahkamahnya.

(2)

Seseorang Majistret yang menjalankan kuasa di bawah seksyen 4, 6 atau 22 boleh berbuat demikian di mana-mana tempat, selain mahkamah terbuka atau awam, yang difikirkan sesuai bagi maksud Majistret itu, sama ada tempat itu berada di dalam atau di luar lingkungan bangunan mahkamah.