Skip to content
In forceUpdated to 4 Jun 2015Read it in English

Bahagian IV · Perintah Tahanan dan Sekatan

20. Kuasa untuk memerintahkan pemindahan

Feedback & support
(1)

Lembaga boleh dengan perintah mengarahkan pemindahan mana-mana orang yang ditahan di bawah subseksyen 13(1), atau di bawah subseksyen 17(1), dari mana-mana tempat tahanan ke suatu tempat tahanan yang lain yang dinyatakan dalam perintah itu, untuk ditahan di tempat itu bagi seluruh atau mana-mana bahagian tempoh yang telah diperintahkan supaya orang itu ditahan.

(2)

Mana-mana orang yang sedang dipindahkan di bawah subseksyen (1) hendaklah disifatkan berada dalam jagaan yang sah.

Report