Seksyen 21
Kuasa untuk memerintahkan pengemukaan orang tahanan
of Akta Pencegahan Keganasan 2015
Apabila dibuktikan hingga memuaskan hatinya bahawa kehadiran di mana-mana tempat mana-mana orang yang ditahan di bawah subseksyen 13(1) atau 17(1), atau yang dalam jagaan sah polis atau yang dikurung dalam mana-mana penjara sama ada di bawah subseksyen 13(1), subseksyen 17(1) atau di bawah suatu perintah mana-mana mahkamah atau walau dengan apa cara pun selainnya, dan walau apa pun apa-apa perintah mana-mana mahkamah atau apa-apa jua pun pihak berkuasa lain, dikehendaki demi kepentingan keadilan, atau bagi maksud apa-apa siasatan awam atau siasatan lain, atau demi kepentingan negara, atau demi kepentingan orang yang ditahan, yang berada dalam jagaan atau
Undang-Undang Malaysia 24
Akta 769
yang dikurung, Komisioner Jeneral Penjara jika orang itu ditahan di tempat tahanan atau penjara, atau Ketua Polis Negara jika orang itu berada dalam jagaan sah polis, boleh memerintahkan supaya orang itu dibawa ke tempat itu.
(2)
Mana-mana orang yang sedang dibawa ke mana-mana tempat di bawah subseksyen (1) dan semasa berada di tempat itu hendaklah diletakkan dalam jagaan sebagaimana yang diarahkan oleh Komisioner Jeneral Penjara atau Ketua Polis Negara, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan semasa berada dalam jagaan itu hendaklah disifatkan berada dalam jagaan yang sah.
(3)
Dalam seksyen ini, “Komisioner Jeneral Penjara” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 2(1)
Akta Penjara 1995 [Akta 537].