Akta Pencegahan Keganasan 2015 · Updated to 4 Jun 2015 · Bahagian IV · Perintah Tahanan dan Sekatan
24. Orang berdaftar tidak boleh bergaul dengan orang berdaftar lain
Feedback & support(1)
Tiada seorang pun orang berdaftar boleh bergaul dengan atau secara lazimnya berkawan dengan mana-mana orang berdaftar lain tanpa kebenaran Ketua Polis Daerah di mana dia bermastautin, melainkan jika dia membuktikan bahawa dia tidak tahu dan tidak mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa orang lain itu ialah orang berdaftar.
Undang-Undang Malaysia 26
(2)
Mana-mana orang yang melanggar peruntukan seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang tidak melebihi lima belas tahun dan tidak kurang daripada lima tahun.