Skip to content

Seksyen 27

Perlindungan

of Akta Pencegahan Keganasan 2015

ActIn forceProvision 27 of 35
Seksyen 27
(1)

Mana-mana orang yang dengan diketahuinya melindungi atau menyembunyikan mana-mana orang yang memasuki mana-mana Negeri, daerah, mukim, bandar atau kampung berlanggaran

Pencegahan Keganasan 27

dengan mana-mana perintah di bawah seksyen 13 melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang tidak melebihi lima tahun atau denda yang tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya: dengan syarat bahawa subseksyen ini tidak terpakai dalam hal seseorang isteri yang melindungi atau menyembunyikan suaminya atau seseorang suami yang melindungi atau menyembunyikan isterinya.

(2)

Mana-mana orang yang menyedari kehadiran mana-mana orang dalam mana-mana Negeri, daerah, mukim, bandar atau kampung, yang bukannya suami atau isteri orang yang pertama disebut itu, yang telah diperintahkan supaya tidak memasuki Negeri, daerah, mukim, bandar atau kampung itu atau yang telah diperintahkan untuk bermastautin di mana-mana Negeri, daerah, mukim, bandar atau kampung lain, dan dengan menyedari juga pembuatan perintah itu, hendaklah jika tidak ada alasan yang munasabah, yang bukti mengenainya terletak padanya, dengan segera memberi maklumat mengenainya kepada pegawai polis atau Majistret yang terdekat, dan jika dia ingkar berbuat demikian melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun atau denda yang tidak melebihi lima ribu ringgit atau kedua-duanya.