Skip to content

Seksyen 15

Al-Qur’an

of Akta Pencetakan Teks Al-Qur'An 1986

ActIn forceProvision 19 of 33
Seksyen 15
(1)

Jika seseorang dipertuduh melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya yang melibatkan sesuatu teks Al-Qur’an atau bahan Al-Qur’an dan mahkamah berpuas hati, berdasarkan perakuan di bawah perenggan 16(a), bahawa terdapat sesuatu kesilapan atau ia tidak mengikut kaedah penulisan yang ditentukan oleh Lembaga, berkenaan dengan Ayat-Ayat Al-Qur’an yang terkandung di dalam teks Al-Qur’an atau bahan Al-Qur’an itu, mahkamah hendaklah memerintahkan pelucuthakannya, walau pun tiada seorang pun telah disabitkan atas apa-apa kesalahan atau tiada kesalahan telah dibuktikan.

(2)

Tanpa menjejaskan subseksyen (1), jika seseorang dipertuduh di mana-mana mahkamah dan telah dibuktikan hingga memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya telah dilakukan dan bahawa sesuatu benda, termasuk suatu teks Al-Qur’an atau bahan

Al-Qur’an, adalah hal perkara, atau telah digunakan dalam melakukan, kesalahan itu, mahkamah hendaklah memerintahkan pelucuthakan benda itu, walau pun tiada seorang pun telah disabitkan atas apa-apa kesalahan.

(3)

Sesuatu teks

Al-Qur’an atau bahan

Al-Qur’an yang diperintahkan supaya dilucuthakkan di bawah subseksyen (1) atau (2)

hendaklah diserahkan kepada Lembaga untuk dilupuskan mengikut cara yang difikirkannya sesuai.

Perakuan Mufti hendaklah menjadi bukti muktamad