Seksyen 25
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan—
of Akta Pencetakan Teks Al-Qur'An 1986
ActIn forceProvision 32 of 34
Seksyen 25
(a)
bagi menetapkan borang untuk digunakan di bawah Akta ini;
(b)
bagi menetapkan fi yang dikenakan di bawah Akta ini;
(c)
untuk membuat peruntukan mengenai apa-apa perkara atau hal yang kena atau yang boleh ditetapkan;
(d)
untuk membuat peruntukan bagi tatacara mengenai pengemukaan teks Al-Qur’an kepada Lembaga;
(e)
untuk membuat peruntukan mengenai bentuk perakuan di bawah Akta ini;
(f)
pada amnya bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.