17. Kuasa menyita, menahan dan memeriksa teks Al-Qur’an atau bahan Al-Qur’an yang menyalahi undang-undang
Feedback & supportSeseorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, atau seseorang pegawai awam yang diberi kuasa secara bertulis oleh Majlis Agama Islam sesuatu Negeri atau Wilayah
Persekutuan, boleh menyita, menahan dan memeriksa sesuatu teks
Al-Qur’an atau bahan Al-Qur’an yang dijumpai dalam milikan seseorang jika pegawai polis atau pegawai awam itu mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa ia telah dicetak, diterbitkan, diimport, diedarkan atau dijual, atau dimaksudkan untuk diterbitkan, diimport, diedarkan atau dijual, dengan melanggar Akta ini atau mana-mana syarat yang dikepilkan kepada lesen itu di bawah
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 326
seksyen 5, atau bahawa terdapat sesuatu kesilapan berkenaan dengan
Ayat-Ayat Al-Qur’an yang terkandung di dalam teks Al-Qur’an atau bahan Al-Qur’an itu.
Seseorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor atau seseorang pegawai awam yang diberi kuasa secara bertulis oleh Majlis Agama Islam sesuatu Negeri atau Wilayah
Persekutuan untuk memohon waran di bawah subseksyen ini boleh memohon kepada seseorang Majistret atau Hakim Mahkamah
Sesyen untuk mendapatkan waran yang memberi kuasa kepada pegawai itu memasuki sesuatu premis dan mencari dan menyita dan menahan sesuatu teks Al-Qur’an atau bahan Al-Qur’an yang pencetakan, penerbitan, pengimportan, pengedaran atau penjualannya menyalahi undang-undang di bawah
Akta ini, atau yang mengandungi sesuatu kesilapan berkenaan dengan Ayat-Ayat Al-Qur’an yang terkandung di dalam teks Al-Qur’an atau bahan Al-Qur’an itu.
Sesuatu permohonan untuk mendapatkan waran di bawah subseksyen (2) hendaklah disokong oleh maklumat yang bermaksud bahawa ada sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa di premis itu terdapat sesuatu teks Al-Qur’an atau bahan Al-Qur’an yang pencetakan, penerbitan, pengimportan, pengedaran atau penjualannya menyalahi undang-undang di bawah Akta ini, atau yang mengandungi apa-apa kesilapan berkenaan dengan Ayat-Ayat
Al-Qur’an yang terkandung di dalam teks Al-Qur’an atau bahan
Al-Qur’an itu, dan Majistret atau Hakim Mahkamah Sesyen yang kepadanya permohonan itu dibuat hendaklah, melainkan jika dia mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa maklumat yang diberikan itu tidak betul, mengeluarkan waran yang dipohon itu.
Apabila ternyata kepada seseorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Penguasa bahawa ada sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa di sesuatu premis telah disembunyikan atau diletakkan sesuatu teks Al-Qur’an atau bahan Al-Qur’an yang pencetakan, penerbitan, pengimportan, pengedaran dan penjualannya menyalahi undang-undang di bawah
Akta ini, atau yang mengandungi apa-apa kesilapan berkenaan dengan Ayat-Ayat Al-Qur’an yang terkandung di dalam teks
Al-Qur’an atau bahan Al-Qur’an itu, dan dia mempunyai alasan yang
Pencetakan Teks Al-Qur’an 23
baik untuk mempercayai bahawa disebabkan oleh kelengahan yang mesti akan terjadi kerana mendapatkan suatu waran geledah matlamat penggeledahan itu mungkin akan terkecewa, dia boleh memasuki dan menggeledah premis itu dan menyita dan menahan teks Al-Qur’an atau bahan Al-Qur’an itu seolah-olah dia telah diberi kuasa berbuat demikian oleh sesuatu waran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (2).