Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pencetakan Teks Al-Qur’an 1986 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Akta Pencetakan Teks Al-Qur'An 1986 is Malaysia Act, cited as Act 326 1986, currently marked in force and first recorded in 1986.
MALAYSIA
VERSI DALAM TALIAN
TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI
Akta 326
AKTA PENCETAKAN TEKS
AL-QUR’AN 1986
Sebagaimana pada 1 September 2023
Teks ini HANYALAH TEKS KEMAS KINI bagi Akta Pencetakan Teks Al-Qur’an 1986 oleh
Jabatan Peguam Negara. Melainkan jika dan sehingga dicetak semula menurut kuasa
Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang di bawah subseksyen 14(1) Akta Penyemakan
Undang-Undang 1968 [Akta 1], teks ini BUKAN TEKS YANG SAH.
2
Tarikh Perkenan Diraja
… … … ...
7 Mei 1986
Tarikh penyiaran dalam
Warta
… … … ...
15 Mei 1986
Kali terakhir dipinda melalui Akta A1696 yang mula berkuat kuasa pada
… … … ...
1 September 2023
CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU
Cetakan Semula Yang Pertama
… … … …
2008
3
Akta 326
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pencetakan Teks Al-Qur’an 1986 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain —
“Ayat Al-Qur’an” meliputi mana-mana bahagian Ayat Al-Qur’an dalam bahasa Arab;
“bahan Al-Qur’an” ertinya sesuatu dokumen yang mengandungi mana-mana Ayat Al-Qur’an, sama ada dalam tulisan bahasa Arab atau Braille, selain daripada suatu “teks Al-Qur’an” sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen ini;
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 326
“betul” berkenaan dengan Ayat-Ayat Al-Qur’an, termasuklah berkeadaan lengkap dan tersusun dengan betul, bukan sahaja dalam konteksnya sendiri tetapi juga dalam konteks seluruh teks Al-Qur’an yang berkenaan; dan “tidak betul” dan “silap” hendaklah ditafsirkan sewajarnya;
“dokumen” ertinya apa-apa hal yang dinyatakan, diperihalkan, atau bagaimana jua pun digambarkan, atas apa-apa benda, bahan, barang atau artikel, termasuklah apa-apa hal yang terkandung dalam cakera, pita, filem, runut bunyi atau apa jua pun peranti lain, dengan menggunakan—
huruf, angka, tanda, simbol, isyarat, lambang, atau apa jua pun bentuk pernyataan, perihalan, atau gambaran lain;
apa-apa rakaman bunyi, atau apa-apa jua pun rakaman elektronik, megnetik, mekanikal atau rakaman lain dan walau bagaimana jua pun dibuat, atau apa-apa bunyi, dedenyut elektronik, atau apa jua pun data lain;
suatu rakaman, atau pemancaran, dari suatu jarak, apa-apa hal dengan mana-mana, atau apa-apa gabungan, cara yang disebut dalam perenggan (a), (b) atau (c), atau dengan lebih daripada satu cara yang disebut dalam perenggan
, (b), (c) dan (d), yang dimaksudkan untuk digunakan atau yang mungkin digunakan bagi tujuan menyatakan, memperihalkan, atau dengan apa jua cara sekalipun menggambarkan, hal itu;
“Lembaga”
ertinya
Lembaga
Pengawalan dan
Pelesenan
Pencetakan Al-Qur’an yang ditubuhkan di bawah subseksyen 3(1);
“lesen” ertinya lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 5;
“Majlis Agama Islam” ertinya pihak berkuasa, dengan nama apa pun ia disebut, yang ditubuhkan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis bagi maksud, semata-mata atau di samping
Pencetakan Teks Al-Qur’an 7
tujuan lain, menasihatkan ketua agama Islam di sesuatu Negeri atau sesuatu Wilayah Persekutuan dalam perkara yang berhubungan dengan agama Islam;
“Menteri” dan “Kementerian” ertinya Menteri dan Kementerian yang bertanggungjawab tentang pelesenan mesin-mesin cetak;
“Mufti” ertinya pegawai yang dilantik untuk bertindak sebagai
Mufti bagi mana-mana Negeri atau Wilayah Persekutuan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pentadbiran undang-undang Islam;
“pencetakan” dan ungkapan yang merujuk kepada pencetakan meliputi tulisan, litografi, tulisan taip, fotografi dan cara lain untuk menggambarkan atau menyalin perkataan atau benda dalam bentuk nyata;
“teks Al-Qur’an” ertinya sesuatu dokumen yang mengandungi teks bahasa Arab yang lengkap bagi Al-Qur’an atau mana-mana bahagiannya, sama ada dalam tulisan bahasa Arab atau Braille, yang mengandungi satu juzu' atau lebih sama ada dengan terjemahan atau tafsiran atau tidak, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Qur’an
Bagi maksud Akta ini, maka hendaklah ada suatu lembaga yang dikenali sebagai Lembaga Pengawalan dan Pelesenan
Pencetakan Al-Qur’an.
Lembaga hendaklah terdiri daripada lima belas orang anggota, tiga belas orang mewakili tiga belas Negeri di Malaysia, seorang mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dan seorang ialah Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
Jabatan Perdana Menteri.
Anggota bagi Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan
Sarawak dan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan
Putrajaya hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 326
anggota bagi Negeri lain hendaklah dilantik oleh Raja masing-masing.
Setiap anggota yang dilantik hendaklah berkhidmat selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan hendaklah layak untuk dilantik semula.
Anggota Lembaga boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatannya dengan memberikan notis bertulis kepada Lembaga dan
Lembaga hendaklah mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong atau Raja masing-masing, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Lembaga hendaklah, dari semasa ke semasa, memilih seorang
Pengerusi dan seorang Timbalan Pengerusi daripada kalangan anggotanya bagi tempoh yang ditentukan oleh Lembaga.
Pengerusi dan Timbalan Pengerusi yang pertama hendaklah dipilih di mesyuarat pertama Lembaga selepas Akta ini mula berkuat kuasa, dan mesyuarat itu hendaklah dipanggil oleh Ketua Setiausaha
Kementerian dan dipengerusikan olehnya sehingga Pengerusi dan
Timbalan Pengerusi dipilih.
Pada menjalankan fungsinya di bawah Akta ini, Lembaga hendaklah tertakluk kepada kawalan, pengawasan dan arahan
Menteri.
Kementerian hendaklah memberi Lembaga kakitangan, wang dan kemudahan lain yang perlu bagi membolehkannya menjalankan fungsinya di bawah Akta ini.
Pencetakan Teks Al-Qur’an 9
Anggota silih ganti
Yang di-Pertuan Agong atau Raja masing-masing boleh, berkenaan dengan setiap anggota yang dilantik di bawah subseksyen (3), melantik seorang anggota silih ganti yang boleh menghadiri mana-mana mesyuarat Lembaga apabila anggota yang baginya dia merupakan anggota silih ganti atas apa-apa sebab tidak dapat hadir.
Apabila menghadiri mesyuarat Lembaga, seseorang anggota silih ganti hendaklah, bagi segala maksud, disifatkan sebagai seorang anggota Lembaga.
Seseorang anggota silih ganti boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatannya dengan memberikan notis bertulis kepada
Lembaga dan
Lembaga hendaklah mendapatkan perkenan
Yang di-Pertuan Agong atau Raja masing-masing, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Seseorang anggota silih ganti hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya di bawah subseksyen (3) atau pelantikannya dibatalkan terlebih dahulu, terhenti menjadi anggota silih ganti apabila anggota yang baginya dia merupakan anggota silih ganti terhenti menjadi anggota Lembaga.
Peluasan kuasa eksekutif Negeri
Bagi menglakkan keraguan adalah dengan ini diisytiharkan—
bahawa jika ternyata, secara langsung atau melalui implikasi, bahawa kuasa eksekutif sesuatu Negeri diperluaskan kepada pentadbiran mana-mana peruntukan
Akta ini, peluasan itu adalah diperuntukkan menurut kuasa
Fasal (4) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan; dan
bahawa pemberian kuasa dan pengenaan kewajipan yang dibuat oleh Akta ini ke atas mana-mana pihak berkuasa
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 326
Negeri itu adalah dibuat menurut kuasa Perkara tersebut bagi maksud peluasan itu.
Lesen untuk mencetak, dll., teks Al-Qur’an
Tiada seorang pun boleh mencetak atau membantu dalam pencetakan, atau menerbitkan atau membantu dalam penerbitan, sesuatu teks Al-Qur’an tanpa suatu lesen yang dikeluarkan oleh
Lembaga, dan Lembaga boleh, menurut budi bicara mutlaknya, memberikan lesen itu, enggan memberikan lesen itu, atau membatalkan lesen itu, atau memberikan lesen itu tertakluk kepada syarat yang diendorskan pada lesen itu.
Sesuatu lesen, setelah dikeluarkan, hendaklah terus berkuat kuasa sehingga dibatalkan.
Tanpa menjejaskan subseksyen (4), jika Lembaga berpuas hati bahawa seseorang yang kepadanya telah dikeluarkan sesuatu lesen telah bertindak dengan melanggar Akta ini atau mana-mana syarat lesen itu, ia boleh, selepas memberi orang itu peluang untuk menunjukkan sebab, membatalkan atau menggantung lesen itu tanpa memberikan apa-apa sebab.
Jika seseorang yang kepadanya telah dikeluarkan sesuatu lesen dipertuduh melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, lesen yang telah dikeluarkan kepadanya hendaklah dengan serta-merta disifatkan telah digantung dan apabila dia disabitkan atas kesalahan itu, mahkamah hendaklah memerintahkan supaya lesen itu dibatalkan.
Sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen ini adalah sebagai tambahan kepada apa-apa lesen yang dikeluarkan di bawah undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan pelesenan mesin cetak.
Seseorang yang melanggar peruntukan subseksyen (1)
melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda
Pencetakan Teks Al-Qur’an 11
tidak melebihi *lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Seseorang yang tidak mematuhi atau yang melanggar mana-mana syarat yang dikepilkan kepada lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen ini melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi **lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Pengemukaan pruf akhir atau tulisan asal teks Al-Qur’an kepada Lembaga
Tiada seorang pun boleh mencetak atau menerbitkan sesuatu teks Al-Qur’an melainkan jika pruf akhir atau salinan asal teks
Al-Qur’an itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, telah dikemukakan kepada Lembaga dan Lembaga telah memperakui bahawa Ayat-Ayat Al-Qur’an yang terkandung di dalam pruf akhir atau salinan asal itu betul dan mengikut kaedah penulisan yang ditentukan oleh Lembaga, sama ada sebagaimana yang dikemukakan pada asalnya atau sebagaimana yang dibetulkan oleh Lembaga.
Perakuan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) hendaklah mengandungi nombor rujukan yang sesuai dan hendaklah menyatakan pembetulan, jika ada, yang dibuat oleh Lembaga kepada atau berkenaan dengan teks Al-Qur’an itu.
Seseorang yang melanggar peruntukan subseksyen (1)
melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi ***lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
*CATATAN—Dahulunya “sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun”-lihat perenggan 5(a) Akta Pencetakan Teks Al-Qu’ran (Pindaan) 2023 [Akta A1696].
**CATATAN—Dahulunya “lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun”-lihat perenggan 5(b) Akta Pencetakan Teks Al-Qu’ran (Pindaan) 2023 [Akta A1696].
***CATATAN—Dahulunya “sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun”-lihat perenggan 6(b) Akta Pencetakan Teks Al-Qu’ran (Pindaan) 2023 [Akta A1696].
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 326
Teks Al-Qur’an yang diimport
Tiada seorang pun boleh mengimport untuk dijual atau diedarkan sesuatu teks Al-Qur’an yang telah dicetak di luar Malaysia melainkan jika sebelum pengimportan itu satu salinan telah dikemukakan kepada Lembaga bersama dengan suatu akuan berkanun yang menyatakan bahawa dia bermaksud mengimport teks
Al-Qur’an lain yang sama daripada setiap segi dengan salinan yang telah dikemukakan dan Lembaga telah memperakui secara bertulis bahawa Ayat-Ayat Al-Qur’an yang terkandung di dalamnya betul dan mengikut kaedah penulisan yang ditentukan oleh Lembaga.
Seseorang yang melanggar peruntukan subseksyen (1)
melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi *lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Menahan penghantarserahan teks Al-Qur’an yang diimport yang tidak diperakui
Mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor atau mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa secara bertulis oleh Majlis Agama Islam sesuatu Negeri atau Wilayah
Persekutuan, boleh menahan penghantarserahan sesuatu teks
Al-Qur’an yang diimport yang tidak diperakui secara bertulis oleh
Lembaga di bawah seksyen 7.
Sesuatu teks Al-Qur’an yang ditahan di bawah subseksyen (1)
hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik, diserahkan kepada
Lembaga dan diteliti oleh Lembaga.
Jika Lembaga memperakui bahawa teks Al-Qur’an itu—
betul dan mengikut kaedah penulisan yang ditentukan oleh
Lembaga berkenaan dengan Ayat-Ayat Al-Qur’an yang terkandung di dalamnya,
Lembaga hendaklah
*CATATAN—Dahulunya “sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun”-lihat perenggan 7(b) Akta Pencetakan Teks Al-Qu’ran (Pindaan) 2023 [Akta A1696].
Pencetakan Teks Al-Qur’an 13
membenarkan pengimportan tertakluk kepada perakuan di bawah seksyen 7 dan memberikan notis secara bertulis kepada orang yang daripadanya teks Al-Qur’an itu ditahan menghendaki orang itu untuk menuntut atau mengambil teks Al-Qur’an itu tidak lewat daripada enam bulan dari tarikh notis itu; atau
mengandungi apa-apa kesilapan atau tidak mengikut kaedah penulisan yang ditentukan oleh
Lembaga berkenaan dengan Ayat-Ayat Al-Qur’an yang terkandung di dalamnya, Lembaga hendaklah melarang pengimportan dan memberikan notis secara bertulis kepada orang yang daripadanya teks Al-Qur’an itu ditahan menghendaki orang itu untuk mengembalikan teks Al-Qur’an itu kepada pengirimnya di luar Malaysia tidak lewat daripada tiga bulan dari tarikh notis itu.
Jika orang yang daripadanya teks Al-Qur’an itu ditahan gagal untuk menuntut atau mengambil teks Al-Qur’an itu dalam masa enam bulan dari tarikh notis di bawah perenggan (3)(a) atau gagal untuk mengembalikan teks Al-Qur’an itu kepada pengirimnya di luar
Malaysia dalam masa tiga bulan dari tarikh notis di bawah perenggan (3)(b), mengikut mana-mana yang berkenaan, teks
Al-Qur’an itu hendaklah dilupuskan mengikut apa-apa cara yang difikirkan patut oleh Lembaga.
Menahan penghantarserahan bahan Al-Qur’an yang diimport
Mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor atau mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa secara bertulis oleh Majlis Agama Islam sesuatu Negeri atau Wilayah
Persekutuan, boleh menahan penghantarserahan sesuatu bahan
Al-Qur’an yang diimport jika dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa ia mengandungi apa-apa kesilapan atau ia tidak mengikut kaedah penulisan yang ditentukan oleh Lembaga berkenaan dengan Ayat-Ayat Al-Qur’an yang terkandung di dalam bahan Al-Qur’an itu.
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 326
Sesuatu bahan
Al-Qur’an yang ditahan di bawah subseksyen (1) hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik, diserahkan kepada Lembaga dan diteliti oleh Lembaga.
Jika Lembaga memperakui bahawa bahan Al-Qur’an itu—
betul dan mengikut kaedah penulisan yang ditentukan oleh
Lembaga berkenaan dengan Ayat-Ayat Al-Qur’an yang terkandung di dalamnya,
Lembaga hendaklah membenarkan pengimportan dan memberikan notis secara bertulis kepada orang yang daripadanya bahan Al-Qur’an itu ditahan menghendaki orang itu untuk menuntut atau mengambil bahan Al-Qur’an itu tidak lewat daripada enam bulan dari tarikh notis itu; atau
mengandungi apa-apa kesilapan atau tidak mengikut kaedah penulisan yang ditentukan oleh
Lembaga berkenaan dengan Ayat-Ayat Al-Qur’an yang terkandung di dalamnya, Lembaga hendaklah melarang pengimportan dan memberikan notis secara bertulis kepada orang yang daripadanya bahan Al-Qur’an itu ditahan menghendaki orang itu untuk mengembalikan bahan Al-Qur’an itu kepada pengirimnya di luar Malaysia tidak lewat daripada tiga bulan dari tarikh notis itu.
Jika orang yang daripadanya bahan Al-Qur’an itu ditahan gagal untuk menuntut atau mengambil bahan Al-Qur’an itu dalam masa enam bulan dari tarikh notis di bawah perenggan (3)(a) atau gagal untuk mengembalikan bahan
Al-Qur’an itu kepada pengirimnya di luar Malaysia dalam masa tiga bulan dari tarikh notis di bawah perenggan (3)(b), mengikut mana-mana yang berkenaan, bahan Al-Qur’an itu hendaklah dilupuskan mengikut apa-apa cara yang difikirkan patut oleh Lembaga.
Teks Al-Qur’an hendaklah mengandungi maklumat tertentu
Tiap-tiap teks Al-Qur’an yang dicetak atau diterbitkan di
Malaysia atau diimport ke dalam Malaysia hendaklah menunjukkan dengan ketara pada helai bercetak yang pertama atau yang akhir teks
Pencetakan Teks Al-Qur’an 15
itu, atau dalam hal sesuatu teks rakaman, pada suatu bahagian mudah dilihat teks itu, maklumat yang berikut:
nama dan alamat pencetak dan penerbitnya, atau dalam hal teks rakaman, orang yang bertanggungjawab bagi pembuatan rakaman itu dan bagi penerbitan teks rakaman itu;
suatu pernyataan yang bermaksud bahawa Ayat-Ayat
Al-Qur’an yang terkandung di dalam teks itu telah diperakui betul oleh Lembaga menurut seksyen 6 atau 7;
dan
Tiada seorang pun boleh mencetak atau membantu dalam pencetakan, atau menerbitkan atau membantu dalam menerbitkan, sesuatu teks
Al-Qur’an yang tidak mematuhi kehendak subseksyen (1) atau yang di dalamnya mana-mana maklumat atau pernyataan yang dikehendaki ditunjukkan di bawah subseksyen (1)
adalah palsu.
Seseorang yang melanggar peruntukan subseksyen (2)
melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi *lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
*CATATAN—Dahulunya “dua puluh ribu ringgit”-lihat perenggan 9(a) Akta Pencetakan Teks
Al-Qu’ran (Pindaan) 2023 [Akta A1696].
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 326
Teks
Al-Qur’an hendaklah dicetak, berkenaan dengan
Ayat-Ayat Al-Qur’an, tepat sebagaimana yang diperakui
Tiada seorang pun boleh mencetak atau menerbitkan sesuatu teks Al-Qur’an yang berbeza, berkenaan dengan Ayat-Ayat
Al-Qur’an yang terkandung di dalamnya, daripada Ayat-Ayat yang bersamaan yang diperakui betul oleh Lembaga berdasarkan pruf akhir teks Al-Qur’an itu di bawah seksyen 6.
Seseorang yang melanggar peruntukan subseksyen (1)
melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi *lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Satu salinan teks Al-Qur’an kena diserahkan kepada Lembaga dan satu salinan lagi disimpan
Tiap-tiap orang yang mencetak sesuatu teks Al-Qur’an hendaklah, dengan seberapa segera yang mungkin, menyerahkan satu salinan teks Al-Qur’an itu kepada Lembaga dan hendaklah menyimpan satu salinan teks itu.
Seseorang yang tidak mematuhi peruntukan subseksyen (1)
melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi **lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Bahan buangan daripada pencetakan teks Al-Qur’an atau bahan
Al-Qur’an
Seseorang yang mencetak sesuatu teks Al-Qur’an atau bahan Al-Qur’an hendaklah mengambil semua langkah yang perlu untuk memastikan bahawa apa-apa bahan buangan yang di atasnya tercetak atau terdapat sesuatu Ayat Al-Qur’an dimusnahkan dengan
*CATATAN—Dahulunya “dua puluh ribu ringgit”-lihat perenggan 10(a) Akta Pencetakan Teks
Al-Qu’ran (Pindaan) 2023 [Akta A1696].
**CATATAN—Dahulunya “dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan”-lihat perenggan 11(b) Akta Pencetakan Teks Al-Qu’ran (Pindaan) 2023 [Akta A1696].
Pencetakan Teks Al-Qur’an 17
serta-merta dengan membakarnya di suatu tempat bertutup yang tidak dapat dimasuki oleh orang awam dan tidak meninggalkan premis pencetakan itu dengan apa-apa cara pun, kecuali semasa ia dipindahkan ke suatu tempat untuk dimusnahkan sebagaimana yang tersebut dahulu.
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (1), tiada seorang pun boleh memindahkan dari mana-mana premis pencetakan, atau menyebabkan, secara langsung atau melalui kecuaiannya, atau membenarkan dipindahkan sedemikian, sesuatu bahan buangan yang di atasnya tercetak atau terdapat sesuatu
Ayat Al-Qur’an.
Seseorang yang melanggar atau tidak mematuhi peruntukan subseksyen (1) atau (2) melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi *lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Memperakui teks Al-Qur’an yang dicetak sebelum Akta mula berkuat kuasa
Seseorang yang bermaksud menjual, mengedarkan atau menerbitkan sesuatu teks Al-Qur’an yang dicetak sebelum Akta ini mula berkuat kuasa hendaklah mengemukakan teks Al-Qur’an itu kepada Lembaga supaya ia diteliti oleh Lembaga dan untuk Lembaga memperakui bahawa Ayat-Ayat Al-Qur’an yang terkandung di dalamnya adalah betul.
Dengan seberapa segera yang mungkin selepas menerima suatu teks Al-Qur’an di bawah subseksyen (1), Lembaga hendaklah meneliti teks Al-Qur’an itu dan memutuskan sama ada Ayat-Ayat
Al-Qur’an yang terkandung di dalamnya adalah betul.
Jika Lembaga berpuas hati bahawa Ayat-Ayat Al-Qur’an yang terkandung di dalam teks Al-Qur’an itu betul, Lembaga hendaklah
*CATATAN—Dahulunya “lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan”-lihat seksyen 12 Akta Pencetakan Teks Al-Qu’ran (Pindaan) 2023 [Akta A1696].
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 326
memperakui sedemikian dan hendaklah menyebabkan suatu perakuan yang bermaksud sedemikian ditampalkan dengan ketara pada helai bercetak yang pertama atau yang akhir teks itu atau, dalam hal sesuatu teks rakaman, pada suatu bahagian mudah dilihat teks itu.
Lembaga boleh mengarahkan supaya pembetulan yang dianggap perlu olehnya dibuat kepada teks Al-Qur’an itu sebelum memperakuinya di bawah subseksyen (3).
Jika Lembaga mendapati apa-apa kesilapan dalam Ayat-Ayat
Al-Qur’an yang terkandung di dalam teks Al-Qur’an itu dan bahawa tidaklah sesuai untuk mengarahkan pembetulan di bawah subseksyen (4), maka Lembaga hendaklah menyebabkan teks
Al-Qur’an itu dimusnahkan mengikut cara yang difikirkannya sesuai dan hendaklah menyebabkan orang yang berkenaan dimaklumkan tentang perkara itu dan tentang kesilapan yang mewajarkan pemusnahan itu.
Pengawalan penjualan, pengedaran dan penerbitan teks
Al-Qur’an
Mulai dari tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, iaitu suatu tarikh yang tidak boleh lebih awal daripada enam bulan dari tarikh pemberitahuan itu disiarkan, tiada seorang pun boleh menjual, menawarkan untuk jualan, mengedarkan atau menerbitkan, atau ada dalam milikannya, jagaannya atau kawalannya bagi maksud penjualan atau pengedaran, sesuatu teks Al-Qur’an, melainkan jika ditunjukkan dengan ketara pada helai bercetak yang pertama atau yang akhir teks itu atau, dalam hal sesuatu teks rakaman, pada suatu bahagian mudah dilihat teks itu, maklumat yang dinyatakan dalam subseksyen 8(1) atau perakuan yang dinyatakan dalam subseksyen 12(3) dan maklumat atau perakuan itu adalah benar-benar mengenainya.
Seseorang yang melanggar peruntukan subseksyen (1)
melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda
Pencetakan Teks Al-Qur’an 19
tidak melebihi *lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Pencetakan, pengedaran dan pemilikan teks Al-Qur’an atau bahan Al-Qur’an yang mengandungi kesilapan
Tiada seorang pun boleh mencetak, menerbitkan, mengimport, menjual, menawarkan untuk jualan, mengedarkan, atau ada dalam milikannya, jagaannya atau kawalannya bagi maksud penjualan atau pengedaran, sesuatu teks Al-Qur’an atau bahan
Al-Qur’an yang mengandungi apa-apa kesilapan atau yang tidak mengikut kaedah penulisan yang ditentukan oleh Lembaga berkenaan dengan Ayat-Ayat Al-Qur’an yang terkandung di dalam teks
Al-Qur’an atau bahan Al-Qur’an itu.
Seseorang yang melanggar peruntukan subseksyen (1)
melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi **lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Kuasa untuk menyiasat
Mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor atau mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa secara bertulis oleh Majlis Agama Islam sesuatu Negeri atau Wilayah
Persekutuan, boleh menyiasat apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.
Bagi maksud Akta ini, mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa secara bertulis oleh Majlis Agama Islam sesuatu Negeri atau
Wilayah Persekutuan, hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis tidak kira apa jua pangkatnya sebagaimana yang diperuntukkan dalam Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] berhubung dengan penyiasatan polis dalam kes boleh tangkap, dan kuasa yang
*CATATAN—Dahulunya “lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun”-lihat seksyen 13 Akta Pencetakan Teks Al-Qu’ran (Pindaan) 2023 [Akta A1696].
**CATATAN—Dahulunya “dua puluh ribu ringgit”-lihat subperenggan 14(c)(i) Akta Pencetakan Teks
Al-Qu’ran (Pindaan) 2023 [Akta A1696].
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 326
sedemikian hendaklah sebagai tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan dalam Akta ini dan tidak mengurangkan kuasanya.
Pelucuthakan dan pelupusan teks Al-Qur’an atau bahan
Al-Qur’an
Jika seseorang dipertuduh melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya yang melibatkan sesuatu teks Al-Qur’an atau bahan Al-Qur’an dan mahkamah berpuas hati, berdasarkan perakuan di bawah perenggan 16(a), bahawa terdapat sesuatu kesilapan atau ia tidak mengikut kaedah penulisan yang ditentukan oleh Lembaga, berkenaan dengan Ayat-Ayat Al-Qur’an yang terkandung di dalam teks Al-Qur’an atau bahan Al-Qur’an itu, mahkamah hendaklah memerintahkan pelucuthakannya, walau pun tiada seorang pun telah disabitkan atas apa-apa kesalahan atau tiada kesalahan telah dibuktikan.
Tanpa menjejaskan subseksyen (1), jika seseorang dipertuduh di mana-mana mahkamah dan telah dibuktikan hingga memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya telah dilakukan dan bahawa sesuatu benda, termasuk suatu teks Al-Qur’an atau bahan
Al-Qur’an, adalah hal perkara, atau telah digunakan dalam melakukan, kesalahan itu, mahkamah hendaklah memerintahkan pelucuthakan benda itu, walau pun tiada seorang pun telah disabitkan atas apa-apa kesalahan.
Sesuatu teks
Al-Qur’an atau bahan
Al-Qur’an yang diperintahkan supaya dilucuthakkan di bawah subseksyen (1) atau (2)
hendaklah diserahkan kepada Lembaga untuk dilupuskan mengikut cara yang difikirkannya sesuai.
Perakuan Mufti hendaklah menjadi bukti muktamad
Bagi maksud sesuatu pendakwaan atau prosiding di bawah
Akta ini atau sesuatu tindakan atau prosiding yang terbit daripada atau yang berhubungan dengan pelaksanaan Akta ini—
Pencetakan Teks Al-Qur’an 21
suatu perakuan daripada seseorang Mufti bahawa sesuatu teks atau dokumen adalah atau mengandungi suatu teks
Al-Qur’an atau suatu Ayat Al-Qur’an, atau bahawa sesuatu gabungan perkataan adalah suatu Ayat Al-Qur’an, atau bahawa terdapat sesuatu kesilapan dalam sesuatu teks
Al-Qur’an atau Ayat Al-Qur’an hendaklah diterima oleh mahkamah sebagai bukti muktamad perkara yang diperakui di dalamnya;
sesuatu yang dikatakan teks Al-Qur’an atau Ayat
Al-Qur’an ialah suatu teks Al-Qur’an atau Ayat
Al-Qur’an, walau pun ia berbeza daripada sesuatu segi daripada teks Al-Qur’an yang sebenarnya atau daripada sesuatu
Ayat
Al-Qur’an yang sebenarnya, jika dikemukakan suatu perakuan daripada seseorang Mufti, dan perakuan itu hendaklah diterima oleh mahkamah sebagai bukti muktamad perkara yang diperakui di dalamnya, yang memperakui bahawa yang dikatakan teks
Al-Qur’an itu mungkin menjadi teks Al-Qur’an yang sebenarnya, atau yang dikatakan Ayat Al-Qur’an itu mungkin menjadi Ayat Al-Qur’an yang sebenarnya yang tertentu, dengan menyatakan Ayat itu, jika pembetulan tertentu dibuat atau ketinggalan tertentu dimasukkan, dengan menyatakan pembetulan atau ketinggalan itu.
Kuasa menyita, menahan dan memeriksa teks Al-Qur’an atau bahan Al-Qur’an yang menyalahi undang-undang
Seseorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor atau seseorang pegawai awam yang diberi kuasa secara bertulis oleh Majlis Agama Islam sesuatu Negeri atau Wilayah
Persekutuan untuk memohon waran di bawah subseksyen ini boleh memohon kepada seseorang Majistret atau Hakim Mahkamah
Sesyen untuk mendapatkan waran yang memberi kuasa kepada pegawai itu memasuki sesuatu premis dan mencari dan menyita dan menahan sesuatu teks Al-Qur’an atau bahan Al-Qur’an yang pencetakan, penerbitan, pengimportan, pengedaran atau penjualannya menyalahi undang-undang di bawah
Akta ini, atau yang mengandungi sesuatu kesilapan berkenaan dengan Ayat-Ayat Al-Qur’an yang terkandung di dalam teks Al-Qur’an atau bahan Al-Qur’an itu.
Sesuatu permohonan untuk mendapatkan waran di bawah subseksyen (2) hendaklah disokong oleh maklumat yang bermaksud bahawa ada sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa di premis itu terdapat sesuatu teks Al-Qur’an atau bahan Al-Qur’an yang pencetakan, penerbitan, pengimportan, pengedaran atau penjualannya menyalahi undang-undang di bawah Akta ini, atau yang mengandungi apa-apa kesilapan berkenaan dengan Ayat-Ayat
Al-Qur’an yang terkandung di dalam teks Al-Qur’an atau bahan
Al-Qur’an itu, dan Majistret atau Hakim Mahkamah Sesyen yang kepadanya permohonan itu dibuat hendaklah, melainkan jika dia mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa maklumat yang diberikan itu tidak betul, mengeluarkan waran yang dipohon itu.
Apabila ternyata kepada seseorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Penguasa bahawa ada sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa di sesuatu premis telah disembunyikan atau diletakkan sesuatu teks Al-Qur’an atau bahan Al-Qur’an yang pencetakan, penerbitan, pengimportan, pengedaran dan penjualannya menyalahi undang-undang di bawah
Akta ini, atau yang mengandungi apa-apa kesilapan berkenaan dengan Ayat-Ayat Al-Qur’an yang terkandung di dalam teks
Al-Qur’an atau bahan Al-Qur’an itu, dan dia mempunyai alasan yang
Pencetakan Teks Al-Qur’an 23
baik untuk mempercayai bahawa disebabkan oleh kelengahan yang mesti akan terjadi kerana mendapatkan suatu waran geledah matlamat penggeledahan itu mungkin akan terkecewa, dia boleh memasuki dan menggeledah premis itu dan menyita dan menahan teks Al-Qur’an atau bahan Al-Qur’an itu seolah-olah dia telah diberi kuasa berbuat demikian oleh sesuatu waran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (2).
Penelitian dan pelupusan teks Al-Qur’an atau bahan Al-Qur’an
Sesuatu teks Al-Qur’an atau bahan Al-Qur’an yang disita dan ditahan di bawah seksyen 17 hendaklah, melainkan jika seseorang dipertuduh di mahkamah dan teks Al-Qur’an atau bahan Al-Qur’an itu dikehendaki dikemukakan sebagai barang kes, dengan seberapa segera yang praktik diserahkan kepada Lembaga dan diteliti oleh
Lembaga dan—
jika Lembaga memperakuinya betul dan mengikut kaedah penulisan yang ditentukan oleh Lembaga berkenaan dengan
Ayat-Ayat Al-Qur’an yang terkandung di dalamnya, ia hendaklah dikembalikan kepada orang yang daripadanya ia disita tidak lewat daripada enam bulan dari tarikh penyitaan itu; atau
jika Lembaga memperakui bahawa ia mengandungi apa-apa kesilapan atau bahawa ia tidak mengikut kaedah penulisan yang ditentukan oleh Lembaga berkenaan dengan
Ayat-Ayat Al-Qur’an yang terkandung di dalamnya, ia hendaklah dilupuskan mengikut apa-apa cara yang difikirkan sesuai oleh Lembaga.
Penghalangan tindakan
Tiada seorang pun berhak mengambil sesuatu tindakan, sama ada bagi mendapatkan pampasan, ganti rugi atau selainnya, kerana sesuatu perbuatan yang dilakukan atau sesuatu keputusan yang diambil oleh atau bagi pihak atau atas arahan Lembaga, atau oleh seseorang pegawai polis atau pegawai awam, di bawah seksyen 12,
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 326
17 atau 18, dan tiada suatu mahkamah pun mempunyai bidang kuasa untuk mempertimbangkan sesuatu tindakan sedemikian.
Sanksi bagi pendakwaan
Tiada pendakwaan boleh dimulakan di bawah Akta ini tanpa mendapat sanksi bertulis daripada Pendakwa Raya terlebih dahulu.
Pengkompaunan kesalahan
Menteri boleh, dengan kelulusan Pendakwa Raya, membuat peraturan-peraturan bagi menetapkan—
apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun; dan
Pengerusi Lembaga atau mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengerusi Lembaga boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, pada bila-bila masa sebelum suatu pertuduhan dimulakan, mengkompaun apa-apa kesalahan yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun di bawah
Akta ini dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu dengan membayar kepada Pengerusi Lembaga suatu amaun yang tidak melebihi lima puluh peratus amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu.
Suatu tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.
Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh Pengerusi Lembaga, pendakwaan
Pencetakan Teks Al-Qur’an 25
bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (2)—
tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat; dan
sesuatu teks Al-Qur’an atau bahan Al-Qur’an, dokumen, rekod atau apa-apa yang disita yang berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilucuthakkan dan dilupuskan atau dilepaskan oleh Pengerusi Lembaga, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut oleh Pengerusi
Lembaga.
Semua wang yang diterima oleh Pengerusi Lembaga di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
Anggapan mengenai pencetak, dll.
Pencetak, penerbit atau pengimport yang nama atau alamatnya tercetak di atas sesuatu teks Al-Qur’an atau bahan Al-Qur’an hendaklah dianggap, sehingga akasnya dibuktikan, telah mencetak teks Al-Qur’an atau bahan Al-Qur’an itu di alamat yang dinyatakan di dalamnya atau telah menerbitkan atau mengimportnya.
Pekhidmat Awam
Anggota Lembaga semasa menunaikan kewajipannya atau melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 326
Pemakaian Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]
hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Lembaga atau mana-mana anggota Lembaga berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dengan suci hati atau apa-apa peninggalan olehnya dengan suci hati, atas sifat yang sedemikian.
Perbadanan dan firma
Bagi maksud Akta ini, sesuatu perbadanan boleh bertindak melalui seseorang pengarah atau setiausaha perbadanan itu, dan sesuatu firma boleh bertindak melalui mana-mana pekongsinya.
Liabiliti pekongsi, pengarah, pekerja, dll.
Bilamana suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, seseorang pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain pertubuhan perbadanan itu hendaklah juga dianggap bersalah atas kesalahan itu.
Seseorang yang akan bersalah atas sesuatu kesalahan jika sesuatu telah dilakukan atau ditinggalkan olehnya sendiri adalah bersalah atas kesalahan itu dan boleh dikenakan penalti yang sama jika perkara itu telah dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan oleh pekongsinya, ejennya atau pekhidmatnya dalam perjalanan urusan perkongsian atau dalam perjalanan pekerjaannya, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Bilamana seseorang ejen atau pekhidmat dalam perjalanan pekerjaannya melakukan atau meninggalkan daripada melakukan sesuatu perbuatan yang melakukannya atau meninggalkan daripada melakukannya adalah suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, prinsipalnya atau majikannya juga bersalah atas kesalahan itu.
Pencetakan Teks Al-Qur’an 27
Pengecualian
Tiada apa-apa pun dalam Akta ini terpakai bagi pencetakan, penerbitan, penjualan, pengedaran atau penyebaran sesuatu teks
Al-Qur’an atau bahan Al-Qur’an oleh Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri atau sesuatu badan berkanun yang diberi kuasa oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri itu, mengikut mana yang berkenaan.
Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan seseorang atau sesuatu teks Al-Qur’an atau bahan
Al-Qur’an daripada pemakaian semua atau mana-mana peruntukan
Akta ini.
Peraturan-peraturan
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan—
untuk membuat peruntukan mengenai apa-apa perkara atau hal yang kena atau yang boleh ditetapkan;
untuk membuat peruntukan bagi tatacara mengenai pengemukaan teks Al-Qur’an kepada Lembaga;
Kuasa untuk mengeluarkan garis panduan atau arahan
Bagi maksud Akta ini atau perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini, Lembaga boleh mengeluarkan garis
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 326
panduan atau arahan sebagaimana yang difikirkannya sesuai untuk mengawal selia pencetakan, pengimportan, penerbitan, penjualan, pengedaran, pelupusan, penterjemahan atau pentafsiran teks
Al-Qur’an atau bahan Al-Qur’an dan boleh mengenakan apa-apa syarat atau sekatan yang difikirkan patut oleh Lembaga.
Tiap-tiap garis panduan atau arahan yang dikeluarkan di bawah
Akta ini atau perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini hendaklah disiarkan oleh Lembaga mengikut apa-apa cara untuk memastikan garis panduan atau arahan itu dibawa kepada perhatian orang yang perlu mematuhi garis panduan atau arahan itu.
Lembaga boleh mengenakan suatu penalti kewangan bagi apa-apa ketidakpatuhan terhadap mana-mana garis panduan atau arahan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini—
jika orang itu merupakan seorang individu, setakat suatu amaun yang tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit;
atau
jika orang itu merupakan suatu pertubuhan perbadanan, setakat suatu amaun yang tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.
Lembaga boleh meminda atau membatalkan mana-mana garis panduan atau arahan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.
*CATATAN—lihat seksyen 22 Akta Pencetakan Teks Al-Qur’an (Pindaan) 2023
[Akta A1696] m.b.p 1 September 2023 yang memperuntukkan seperti yang berikut:
Kecualian
Walau apa pun peruntukan Akta ini, anggota Lembaga yang dilantik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terus memegang jawatan selama tempoh enam bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.
29
Akta 326
AKTA PENCETAKAN TEKS AL-QURAN 1986
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
Akta A671
Akta
Mahkamah
Rendah
(Pindaan) 1987 22-05-1987
Akta A1023
Akta
Pencetakan
Teks
Al-Qur’an (Pindaan) 1998 01-10-1998
Akta A1696
Akta
Pencetakan
Teks
Al-Qur’an (Pindaan) 2023 01-09-2023
30
Akta 326
AKTA PENCETAKAN TEKS AL-QURAN 1986
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari 2
Akta A1023
Akta A1696 01-10-1998 01-09-2023 3
Akta A1023
Akta A1696 01-10-1998 01-09-2023 3A
Akta A1696 01-09-2023 5
Akta A1696 01-09-2023 6
Akta A1023
Akta A1696 01-10-1998 01-09-2023 7
Akta A1696 01-09-2023 7A
Akta A1696 01-09-2023 7B
Akta A1696 01-09-2023 8
Akta A1023
Akta A1696 01-10-1998 01-09-2023 9
Akta A1696 01-09-2023 10
Akta A1696 01-09-2023 11
Akta A1696 01-09-2023 12
Akta A1023 01-10-1998 13
Akta A1023
Akta A1696 01-10-1998 01-09-2023 14
Akta A1696 01-09-2023 14A
Akta A1696 01-09-2023
Pencetakan Teks Al-Qur’an 31
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari 15
Akta A1696 01-09-2023 17
Akta A671
Akta A1696 22-05-1987 01-09-2023 18
Akta A1696 01-09-2023 20A
Akta A1696 01-09-2023 21A
Akta A1696 01-09-2023 21B
Akta A1696 01-09-2023 26
Akta A1696 01-09-2023
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.