Skip to content

Seksyen 18

Penelitian dan pelupusan teks Al-Qur’an atau bahan Al-Qur’an

of Akta Pencetakan Teks Al-Qur'An 1986

ActIn forceProvision 22 of 34
Seksyen 18

Sesuatu teks Al-Qur’an atau bahan Al-Qur’an yang disita dan ditahan di bawah seksyen 17 hendaklah, melainkan jika seseorang dipertuduh di mahkamah dan teks Al-Qur’an atau bahan Al-Qur’an itu dikehendaki dikemukakan sebagai barang kes, dengan seberapa segera yang praktik diserahkan kepada Lembaga dan diteliti oleh

Lembaga dan—

(a)

jika Lembaga memperakuinya betul dan mengikut kaedah penulisan yang ditentukan oleh Lembaga berkenaan dengan

Ayat-Ayat Al-Qur’an yang terkandung di dalamnya, ia hendaklah dikembalikan kepada orang yang daripadanya ia disita tidak lewat daripada enam bulan dari tarikh penyitaan itu; atau

(b)

jika Lembaga memperakui bahawa ia mengandungi apa-apa kesilapan atau bahawa ia tidak mengikut kaedah penulisan yang ditentukan oleh Lembaga berkenaan dengan

Ayat-Ayat Al-Qur’an yang terkandung di dalamnya, ia hendaklah dilupuskan mengikut apa-apa cara yang difikirkan sesuai oleh Lembaga.