Skip to content

Seksyen 2

Tafsiran

of Akta Pencetakan Teks Al-Qur'An 1986

ActIn forceProvision 2 of 33
Seksyen 2
(1)

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain —

“Ayat Al-Qur’an” meliputi mana-mana bahagian Ayat Al-Qur’an dalam bahasa Arab;

“bahan Al-Qur’an” ertinya sesuatu dokumen yang mengandungi mana-mana Ayat Al-Qur’an, sama ada dalam tulisan bahasa Arab atau Braille, selain daripada suatu “teks Al-Qur’an” sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen ini;

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 326

“betul” berkenaan dengan Ayat-Ayat Al-Qur’an, termasuklah berkeadaan lengkap dan tersusun dengan betul, bukan sahaja dalam konteksnya sendiri tetapi juga dalam konteks seluruh teks Al-Qur’an yang berkenaan; dan “tidak betul” dan “silap” hendaklah ditafsirkan sewajarnya;

“dokumen” ertinya apa-apa hal yang dinyatakan, diperihalkan, atau bagaimana jua pun digambarkan, atas apa-apa benda, bahan, barang atau artikel, termasuklah apa-apa hal yang terkandung dalam cakera, pita, filem, runut bunyi atau apa jua pun peranti lain, dengan menggunakan—

(a)

huruf, angka, tanda, simbol, isyarat, lambang, atau apa jua pun bentuk pernyataan, perihalan, atau gambaran lain;

(b)

apa-apa rakaman tampak (sama ada imej kaku atau bergerak);

(c)

apa-apa rakaman bunyi, atau apa-apa jua pun rakaman elektronik, megnetik, mekanikal atau rakaman lain dan walau bagaimana jua pun dibuat, atau apa-apa bunyi, dedenyut elektronik, atau apa jua pun data lain;

(d)

suatu rakaman, atau pemancaran, dari suatu jarak, apa-apa hal dengan mana-mana, atau apa-apa gabungan, cara yang disebut dalam perenggan (a), (b) atau (c), atau dengan lebih daripada satu cara yang disebut dalam perenggan

(a)

, (b), (c) dan (d), yang dimaksudkan untuk digunakan atau yang mungkin digunakan bagi tujuan menyatakan, memperihalkan, atau dengan apa jua cara sekalipun menggambarkan, hal itu;

“Lembaga”

ertinya

Lembaga

Pengawalan dan

Pelesenan

Pencetakan Al-Qur’an yang ditubuhkan di bawah subseksyen 3(1);

“lesen” ertinya lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 5;

“Majlis Agama Islam” ertinya pihak berkuasa, dengan nama apa pun ia disebut, yang ditubuhkan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis bagi maksud, semata-mata atau di samping

Pencetakan Teks Al-Qur’an 7

tujuan lain, menasihatkan ketua agama Islam di sesuatu Negeri atau sesuatu Wilayah Persekutuan dalam perkara yang berhubungan dengan agama Islam;

“Menteri” dan “Kementerian” ertinya Menteri dan Kementerian yang bertanggungjawab tentang pelesenan mesin-mesin cetak;

“Mufti” ertinya pegawai yang dilantik untuk bertindak sebagai

Mufti bagi mana-mana Negeri atau Wilayah Persekutuan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pentadbiran undang-undang Islam;

“pencetakan” dan ungkapan yang merujuk kepada pencetakan meliputi tulisan, litografi, tulisan taip, fotografi dan cara lain untuk menggambarkan atau menyalin perkataan atau benda dalam bentuk nyata;

“teks Al-Qur’an” ertinya sesuatu dokumen yang mengandungi teks bahasa Arab yang lengkap bagi Al-Qur’an atau mana-mana bahagiannya, sama ada dalam tulisan bahasa Arab atau Braille, yang mengandungi satu juzu' atau lebih sama ada dengan terjemahan atau tafsiran atau tidak, mengikut mana-mana yang berkenaan.