Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2020Read it in English
Contents

Bahagian IX · Bahagian IX Akta ini.

152. Penggulungan Lembaga Pusat

(1)

Menteri boleh, pada tarikh yang ditentukan olehnya, melalui notis yang disiarkan dalam Warta, memerintahkan penggulungan Lembaga Pusat yang ditubuhkan di bawah seksyen 92

Akta Pelajaran 1961.

(2)

Dengan penggulungannya—

(a)

anggotanya, termasuk Pengerusi Lembaga, hendaklah terhenti memegang jawatan;

(b)

Lembaga hendaklah terhenti menjadi majikan kepada guru-guru di institusi pendidikan;

(c)

apa-apa kepentingan mengenai mana-mana harta alih atau tak alih dan apa-apa hak dan liabiliti yang sebelum ini terletak hak pada atau mungkin dipunyai oleh Lembaga sebaik sebelum tarikh penggulungan Lembaga hendaklah turun kepada Kerajaan; dan

(d)

Menteri boleh memberikan apa-apa arahan yang difikirkannya patut berkenaan dengan mana-mana kakitangan atau pekerja Lembaga.

Report