Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2020Read it in English
Contents

Bahagian IX · Bahagian IX Akta ini.

153. Penyenggaraan kumpulan wang caruman

(1)

Mana-mana kumpulan wang caruman

(termasuk

Kumpulan Wang Simpanan Guru) yang ditubuhkan di bawah Akta

Pelajaran 1961 atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta itu hendaklah terus disenggarakan dan diuruskan mengikut mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan kumpulan wang itu sehinggalah Yang di-Pertuan Agong membuat perintah bagi penggulungannya atau selainnya.

(2)

Perintah penggulungan di bawah seksyen ini hendaklah dibuat hanya atas nasihat Menteri Kewangan.

Pendidikan 103

(3)

Menteri boleh melalui peraturan-peraturan meminda mana-mana kaedah atau peraturan yang berhubungan dengan kumpulan wang itu yang dibuat sebelum tarikh yang ditetapkan untuk mengadakan pentadbiran yang lebih baik bagi kumpulan wang itu atau untuk menghapuskan apa-apa kesulitan yang berhubungan dengan kumpulan wang itu.

Sebutan mengenai pengelola atau lembaga pengelola hendaklah termasuk pengurus dan lembaga pengurus

Report