26A. Section 26A
Feedback & support(1)
Mana-mana syarikat yang bercadang hendak menubuhkan atau menyertai sesuatu aktiviti atau hendak menyertai dalam mengeluarkan suatu keluaran di Malaysia yang disifatkan di bawah seksyen 4A sebagai aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan boleh membuat permohonan bertulis kepada Menteri untuk kelulusan bagi maksud suatu elaun cukai pelaburan:
Dengan syarat bahawa suatu syarikat yang sedang beroperasi di
Malaysia boleh, jika ia memenuhi apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri, membuat permohonan bertulis kepada
Menteri untuk mendapat kelulusan bagi maksud suatu elaun cukai pelaburan.