Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2022Read it in English

Bahagian III · Tambahan

42. Kuasa memasuki, dsb

Feedback & support
(1)

Mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa secara bertulis oleh Menteri atau Menteri Kewangan boleh pada setiap masa yang munasabah—

(a)

mempunyai akses kepada—

(i)

mana-mana premis yang diduduki oleh syarikat atau yang digunakan untuk penstoran barang atau keluaran syarikat itu; dan

(ii)

apa-apa rekod atau akaun syarikat, bagi maksud menyemak pengeluaran, komposisi, penstoran atau pembungkusan mana-mana barang atau keluaran itu dan amnya bagi maksud memastikan pelaksanaan Akta ini;

dan

(b)

mengambil sampel bagi mana-mana barang atau keluaran itu bagi apa-apa jua maksud sedemikian itu.

(2)

Mana-mana orang yang menghalang seseorang pegawai awam

128

Undang-Undang Malaysia dalam menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Report