Akta Penggalakan Pelaburan 1986 · Updated to 1 Jan 2022 · Bab 6 · Potongan bagi Penggalakan Eksport
41. Potongan bagi penggalakan eksport
Feedback & supportMenteri
Kewangan boleh membuat kaedah-kaedah menetapkan potongan berkenaan dengan belanja pasti dan perbelanjaan yang dilakukan bagi penggalakan eksport dari Malaysia.
Kaedah-kaedah daripada jenis yang disebutkan dalam subseksyen (1) boleh memasukkan peruntukan menetapkan—
jenis belanja pasti dan perbelanjaan yang dimaksudkan oleh kaedah-kaedah itu;
syarat membenarkan potongan yang dimaksudkan oleh kaedah-kaedah itu; dan
nisbah yang akan dipakai, bagi maksud menentukan mana-mana potongan itu, kepada amaun belanja pasti dan
Penggalakan Pelaburan 127
perbelanjaan itu.
Kaedah-kaedah yang terkandung dalam Jadual hendaklah disifatkan telah dibuat di bawah seksyen ini dan boleh dipinda atau dibatalkan sewajarnya.
Kecuali berkenaan dengan kaedah-kaedah yang terkandung dalam Jadual, seksyen 149 dan subseksyen 154(2) Akta ibu hendaklah terpakai bagi mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini.