Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2022Read it in English

Bahagian II · Pelepasan Daripada Cukai Pendapatan

4G. Permohonan bagi kelulusan taraf penyelidikan dan kemajuan

Feedback & support
(1)

Bagi maksud Akta ini, suatu syarikat penyelidikan dan kemajuan, atau suatu syarikat penyelidikan dan kemajuan kontrak ialah suatu syarikat yang diluluskan sebagai suatu syarikat bertaraf penyelidikan dan kemajuan.

(2)

Mana-mana syarikat boleh membuat permohonan secara bertulis kepada Menteri untuk diluluskan sebagai suatu syarikat bertaraf penyelidikan dan kemajuan, dan Menteri boleh mengenakan apa-apa prasyarat bagi permohonan itu.

(3)

Mana-mana syarikat yang memohon untuk diluluskan sebagai suatu syarikat bertaraf penyelidikan dan kemajuan hendaklah menyatakan bahawa syarikat itu menjalankan aktiviti yang berhubungan dengan penyelidikan dan kemajuan di bawah Akta ini dan mematuhi apa-apa prasyarat yang dikenakan bagi permohonan itu.

(4)

Apabila permohonan di bawah subseksyen (2) diterima, Menteri boleh meminta apa-apa maklumat atau dokumen tambahan yang berhubungan dengan permohonan itu, sekiranya perlu.



CATATAN—lihat seksyen 62 Akta Kewangan 2021 [Akta 833] mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2022

24

Undang-Undang Malaysia

Report

Bab 2

Elaun Cukai Pelaburan

Bab 3

Pengurangan Pendapatan Larasan

Bab 4

Pengurangan Pendapatan Statutori untuk Eksport

Bab 5

Elaun Eksport

Bab 6

Potongan bagi Penggalakan Eksport

Bab 7

Elaun Infrastruktur

Bahagian III

Tambahan

Schedules