Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2022Read it in English

Bahagian I · Permulaan

1. Tajuk ringkas, tafsiran dan permulaan kuat kuasa

Feedback & support
(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Penggalakan

Pelaburan 1986.

(2)

Tertakluk pada seksyen 2, Akta ini hendaklah dibaca dan ditafsirkan bersama dengan Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53]

(kemudian daripada ini disebut “Akta ibu”).

(3)

Akta ini hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 1986 dan berkuat kuasa bagi tahun taksiran 1987 dan tahun taksiran yang terkemudiannya:

Dengan syarat bahawa jika kelulusan berkenaan dengan mana-mana permohonan, sama ada dibuat sebelum atau selepas mula berkuat

12

Undang-Undang Malaysia kuasanya Akta ini, diberikan di bawah Akta ini dengan kuat kuasa ke belakang dari suatu tarikh sebelum 1 Januari 1986, Akta ini hendaklah berkuat kuasa dari tarikh itu.

(4)

Walau apa pun subseksyen (3), seksyen 36 dan 39 hendaklah berkuat kuasa hanya berkenaan dengan keluaran perkilangan dan hasil pertanian yang dieksport pada atau selepas 1 Januari 1986.

Report

Bahagian II

Pelepasan Daripada Cukai Pendapatan

Bab 2

Elaun Cukai Pelaburan

Bab 3

Pengurangan Pendapatan Larasan

Bab 4

Pengurangan Pendapatan Statutori untuk Eksport

Bab 5

Elaun Eksport

Bab 6

Potongan bagi Penggalakan Eksport

Bab 7

Elaun Infrastruktur

Bahagian III

Tambahan

Schedules