54. Fungsi pegawai awam
Feedback & supportBagi maksud seksyen 45 hingga 50 dan 53, mana-mana fungsi seseorang pegawai awam di bawah undang-undang termansuh boleh dijalankan oleh mana-mana pegawai awam yang disebut dalam seksyen 42 Akta ini atau seksyen 134 Akta ibu yang jawatannya pada keseluruhannya bersamaan dengan jawatan seseorang pegawai yang menurutnya fungsi itu telah dijalankan di bawah undang-undang itu.