Seksyen 14
of Akta Penyelidikan dan Kemajuan Minyak Kelapa Sawit 1979
Seksyen 14
Menteri boleh, selepas berunding dengan Lembaga dan dengan Menteri Kewangan, membuat perintah-perintah untuk mengenakan, mengubah atau membatalkan ses penyelidikan ke atas minyak kelapa sawit; dan perintah-perintah itu hendaklah menyatakan jenis, amaun dan kadar dan cara pemungutan ses.
(2)
Kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya dalam sesuatu perintah itu, ses tersebut hendaklah disifatkan, bagi maksud-maksud memungut dan menguatkuasakan pungutan, sebagai duti kastam yang dikenakan di bawah Akta Kastam 1967.
(3)
Tiap-tiap perintah tersebut hendaklah disiarkan dalam Warta dan hendaklah dibentangkan dalam Dewan Rakyat dengan seberapa segera yang praktik selepas perintah itu disiarkan dalam Warta.