Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

Act of Parliament

Akta Penyelidikan dan Kemajuan Minyak Kelapa Sawit 1979

Feedback & supportA board for palm oil research and a fund to pay for it

Bahagian I

Permulaan

Official textFrom Laws of Malaysia Online's scanned PDF, read by OCR; may contain errors

s 1Section 1

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Penyelidikan dan Kemajuan Minyak Kelapa Sawit 1979, dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahu dalam Warta.

(2)

Akta ini hendaklah dipakai di seluruh Malaysia.

s 2Dalam Akta ini, melainkan jika kandungan ayatnya Tafsiran menghendaki makna yang lain—

"ahli" ertinya ahli Lembaga, dan termasuklah ahli gilir;

"Institiut" ertinya Institiut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia yang akan ditubuhkan di bawah seksyen 7;

"kelapa sawit" ertinya jenis dari janas Elaeis dan termasuklah kacukan dari jenis-jenis ini dan kacukan-kacukan hasil dari campuran jenis-jenis ini dengan apa-apa jenis palma yang lain;

"keluaran-keluaran kelapa sawit" ertinya keluarankeluaran yang didapati terus dari kelapa sawit atau kesemuanya atau sebahagiannya dikilang dari keluarankeluaran itu;

"Ketua Pengarah" ertinya Ketua Pengarah yang dilantik di bawah seksyen 8 dan termasuklah seorang Timbalan Ketua Pengarah;

"Kumpulanwang" ertinya Kumpulanwang Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit yang ditubuhkan di bawah seksyen 10;

"Lembaga" ertinya Lembaga Penyelidikan dan Kemajuan Minyak Kelapa Sawit Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

"Menteri" ertinya Menteri yang pada masa itu bertanggungjawab bagi perusahaan kelapa sawit;

"minyak kelapa sawit" ertinya minyak, sama ada dalam bentuk mentah atau dalam bentuk diproses selanjutnya, yang dikeluarkan dari buah dan biji kelapa sawit;

"pegawai, penjawat atau ejen" ertinya pegawai, penjawat atau ejen Lembaga;

"Pengerusi" ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 3; dan

"program yang diluluskan" ertinya program yang diluluskan oleh Lembaga.

Bahagian II

Lembaga

Bahagian III

Institiut

Bahagian IV

Peruntukan-Peruntukan Kewangan

Bahagian V

SES

Bahagian VI

Odit dan Laporan Tahunan

Bahagian VII

Tambahan

Schedules