Skip to content

Seksyen 7

of Akta Penyelidikan dan Kemajuan Minyak Kelapa Sawit 1979

ActIn forceProvision 7 of 17

Seksyen 7

(1)

Lembaga hendaklah menubuh dan mengurus suatu institiut penyelidikan yang akan dinamakan Institiut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia bagi maksud menjalankan fungsi-fungsinya di bawah Akta ini.

(2)

Lembaga hendaklah, berhubung dengan Institiut—

(a)

menetapkan bilangan dan gred kakitangan dan pakar-pakar yang dikehendaki oleh Institiut;

(b)

melantik kakitangan Institiut (lain daripada Ketua Pengarah dan Timbalan-timbalan Ketua Pengarah);

(c)

menentukan prioriti aktiviti-aktiviti penyelidikan Institiut dan meluluskan program-program penyelidikan tahunan dan anggaran perbelanjaan yang perlu bagi menubuh dan menjalankan kerja dan pentadbiran Institiut;

(d)

mempastikan supaya program-program yang diluluskan dijalankan dengan sewajarnya dan perbelanjaan dilakukan mengikut anggaran;

10

(e)

mempastikan supaya perbelanjaan bagi penubuhan, pentadbiran dan penjalanan program-program yang diluluskan adalah mengikut anggaran; dan

(f)

mempunyai apa-apa kuasa lain yang perlu bagi pengurusan Institiut.