Seksyen 3
of Akta Penyelidikan dan Kemajuan Minyak Kelapa Sawit 1979
Seksyen 3
Maka hendaklah ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanan bernama Lembaga Penyelidikan dan Kemajuan Minyak Kelapa Sawit, yang kekal turun temurun dan mempunyai suatu meteri dan kuasa untuk memperolehi dan memegang, melupuskan atau dengan cara lain membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa harta alih dan harta takalih dan yang boleh mendakwa atau didakwa atas nama perbadanannya.
(2)
Lembaga hendaklah terdiri dari ahli-ahli berikut yang mana hendaklah dilantik oleh Menteri:
(i)
seorang Pengerusi;
(ii)
seorang wakil Kementerian yang bertanggungjawab atas perusahaan kelapa sawit;
(iii)
seorang wakil Perbendaharaan;
(iv)
seorang wakil Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan;
(v)
tiga orang wakil daripada pengeluar-pengeluar kelapa sawit dan seorang wakil daripada penapispenapis minyak kelapa sawit;
(vi)
seorang wakil Lembaga Pendaftaran dan Pelesenan Minyak Kelapa Sawit; dan
(vii)
beberapa orang lain, tidak lebih daripada tiga bilangannya, bagi mewakili lain-lain kepentingan perusahaan kelapa sawit atau Kerajaan.
(3)
Ketua Pengarah hendaklah menjadi seorang ahli Lembaga.
(4)
Ahli-ahli hendaklah dilantik dari antara orang-orang yang difikirkan oleh Menteri layak dan berpengalaman dalam perkara-perkara berhubung dengan sains, teknologi, pemasaran, kewangan atau pentadbiran dalam perusahaan kelapa sawit.
(5)
Lembaga hendaklah menjalankan fungsi-fungsinya dan melaksanakan tugas-tugasnya mengikut Jadual.