Seksyen 4
of Akta Penyelidikan dan Kemajuan Minyak Kelapa Sawit 1979
ActIn forceProvision 4 of 17
Seksyen 4
(1)
Menteri boleh, berkenaan dengan tiap-tiap seorang ahli, lain daripada Pengerusi, melantik, apabila ahli itu dinamakan, seseorang sebagai penggilirnya bagi menghadiri mesyuarat-mesyuarat Lembaga yang tidak dapat dihadiri olehnya atas apa-apa sebab.
(2)
Seseorang hendaklah, melainkan ia terlebih dahulu meletakkan jawatan atau perlantikannya terlebih dahulu dibatalkan, terhenti daripada menjadi seorang ahli gilir jika ahli yang baginya ia menjadi penggilir itu terhenti daripada menjadi ahli.