Skip to content

Seksyen 9

of Akta Penyelidikan dan Kemajuan Minyak Kelapa Sawit 1979

ActIn forceProvision 9 of 17

Seksyen 9

(1)

Ketua Pengarah hendaklah menjadi ketua pegawai eksekutif Institiut dan hendaklah, selain daripada mempunyai apa-apa kuasa dan tugas-tugas yang dinyatakan dalam seksyen-kecil (2) atau yang difikirkan patut oleh Lembaga diberi kepada atau dikenakan ke atasnya, mempunyai semua kuasa dan tugas yang perlu bagi menjalankan pentadbiran dan fungsi-fungsi teknik Institiut.

(2)

Ketua Pengarah hendaklah—

(a)

menghantar untuk diluluskan oleh Lembaga—

(i)

program-program penyelidikan tahunan dan cadangan-cadangan kewangan yang berkaitan dengannya; dan

(ii)

anggaran perbelanjaan yang perlu untuk menjalankan pentadbiran Institiut;

(b)

mempastikan supaya program-program yang diluluskan dilaksanakan dengan sewajarnya dan perbelanjaan bagi menjalankan program-program yang diluluskan dan bagi pentadbiran Institiut adalah mengikut anggaran-anggaran yang diluluskan oleh Lembaga; dan

(c)

sentiasa memberitahu Lembaga dengan sepenuhnya akan progres penyelidikan, kerja kemajuan dan penasihat, dan menyedia dan mengemukakan kepada Lembaga dengan seberapa segera yang boleh selepas akhir tiap-tiap tahun kewangan suatu laporan mengenai pentadbiran Institiut yang disertakan dengan suatu penyata pendapatan dan perbelanjaan bagi tahun yang baru sahaja berakhir bersama dengan suatu kunci kira-kira seperti pada akhir tahun itu.

(3)

Pada menjalankan kuasa-kuasa dan melaksanakan tugas-tugasnya, Ketua Pengarah hendaklah dibantu oleh Timbalan-timbalan Ketua Pengarah.

(4)

Jika Ketua Pengarah tidak dapat menjalankan fungsifungsinya oleh sebab sakit, tidak ada atau apa-apa sebab lain, salah seorang dari Timbalan-timbalan Ketua Pengarah hendaklah menjalankan fungsi-fungsi Ketua Pengarah.