Seksyen 17
Tugas Perbadanan untuk membekalkan tenaga
of Akta Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak 1983
Tertakluk kepada peruntukan subseksyen (2), setakat yang ia boleh berbuat demikian dalam kawasan bekalan Perbadanan sebagaimana ditentukan dari semasa ke semasa oleh Menteri,
Perbadanan hendaklah membekalkan tenaga kepada mana-mana orang, selain pemegang lesen, yang menghendaki bekalan tenaga
(dalam seksyen ini disebut pengguna) jika pengguna itu mengaku janji membuat kontrak dengan Perbadanan, dengan memberi apa-apa sekuriti sebagaimana dikehendaki oleh Perbadanan untuk diambil, atau terus diterima, dan untuk membayar bagi bekalan tenaga mengikut apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.
(2)
Perbadanan tidak boleh membekalkan tenaga kepada pengguna, selain pemegang lesen, di sesuatu kawasan yang pada masa itu menjadi sebahagian daripada kawasan bekalan pemegang lesen, kecuali dengan izin pemegang lesen itu:
Dengan syarat bahawa jika izin pemegang lesen dikehendaki di bawah subseksyen ini dan pemegang lesen itu tidak memberi atau menahan izin itu, Perbadanan boleh merayu kepada Menteri, dan
Menteri, jika berpuas hati bahawa izin pemegang lesen itu tidak
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 279
diberi atau ditahan dengan tidak munasabahnya, boleh tidak memerlukan izin itu.
(3)
Bagi maksud proviso kepada subseksyen (2), izin hendaklah disifatkan sebagai tidak diberi atau ditahan dengan tidak munasabahnya jika pemegang lesen itu tidak sanggup dan mampu membekalkan tenaga yang diperlukan atas terma yang munasabah dan dalam tempoh yang munasabah, setelah menimbangkan, di antara perkara lain, terma dan tempohnya yang Perbadanan sanggup dan mampu membekalkan tenaga itu.