Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak Act 1983 · Updated to 1 Sep 2012 · Bahagian III
22. Section 22
Feedback & supportWalau apa pun yang terkandung dalam Akta ini, Perbadanan, setelah memberi, kecuali mengenai hal kecemasan, notis sekurang-kurangnya selama dua puluh empat jam kepada pengguna yang bekalan mereka itu dicadang hendak diberhentikan buat sementara, boleh―
pada bila-bila masa tidak berupaya kerana apa-apa sebab untuk menyenggarakan bekalan tenaga yang berterusan kepada semua pengguna, setakat mana yang kepentingan awam menghendaki dan tanpa keutamaan tidak wajar di antara pengguna, memberhentikan daripada membekalkan
Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak 25
kepada beberapa orang atau kesemua pengguna bagi tempoh yang, bagi kepentingan awam dan kepentingan pengguna, dapat menggunakan tenaga yang ada dengan cara yang baik mungkin; atau
memberhentikan bekalan tenaga bagi tempoh yang singkat bila-bila masa didapati perlu bagi maksud menjalankan kerja membaiki atau mengadakan sambungan baharu.