Seksyen 26
Kadar dan skala caj bagi tenaga
of Akta Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak 1983
Harga yang dikenakan oleh Perbadanan bagi bekalan tenaga dan sewaan kelengkapan hendaklah mengikut apa-apa tarif yang boleh, dari semasa ke semasa, ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 52:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini atau dalam mana-mana peraturan itu boleh menahan Perbadanan dari mengenakan harga lain melalui perjanjian khas.
(2)
Pada menetapkan tarif dan membuat perjanjian bagi pembekalan tenaga Perbadanan tidak boleh menunjukkan keutamaan tidak wajar di antara pengguna yang tinggal setempat dan tidak boleh mengamalkan diskriminasi tidak wajar di antara orang yang tinggal setempat, dengan memberi perhatian kepada tempat dan waktu pembekalan, kuantiti tenaga yang dibekalkan, faktor beban dan kuasa pengguna, dan maksudnya bekalan itu diambil.
Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak 27
(3)
Tarif yang genap masanya dan kena dibayar dibawah seksyen ini boleh didapatkan kembali melalui prosiding sivil sebagai hutang yang kena dibayar kepada Perbadanan:
Dengan syarat bahawa tiada tuntutan berkenaan dengan pembayaran tarif di bawah seksyen ini bila menjadi sah kecuali ianya dibuat dalam masa enam tahun dari tarikh bila tarif itu genap masanya dan kena dibayar.