Skip to content

Seksyen 27

Kuasa untuk membuat perintah tetap berhubungan dengan kakitangan

of Akta Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak 1983

ActIn forceProvision 27 of 54
Seksyen 27
(1)

Perbadanan boleh, dengan kelulusan Menteri, melalui perintah tetap membuat peruntukan mengenai perintah syarat perkhidmatan bagi pegawai dan pekhidmat Perbadanan.

(2)

Khususnya, tetapi tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), perintah tetap itu boleh membuat peruntukan mengenai―

(a)

pelantikan, pembuangan kerja, disiplin, cuti, dan jaminan yang hendak diberi oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat itu;

(b)

gaji, fi, saraan, elaun, pencen, elaun persaraan dan apa-apa ganjaran yang kena dibayar di bawah sesuatu kontrak, bagi mana-mana pegawai atau pekhidmat itu; dan

(c)

apa-apa rayuan oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat itu terhadap pembuangan kerjanya atau terhadap apa-apa langkah tatatertib lain yang diambil terhadapnya.